Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bear


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TASIK GREAT BEAR

Tasik Great Bear ialah tasik yang terbesar di

Kanada dan tasik yang keempat terbesar di

Amerika. Tasik Great Bear meliputi keluasan

31 328 kilometer persegi di Wilayah Barat Laut.

Tasik ini terbentang di kedua-dua kawasan daratan

yang utama di Kanada, iaitu Perisai Kanada dan

Dataran Pedalaman di Utara. Sebahagiannya juga

terletak di dalam Bulatan Artik. Ais melitupi tasik ini

selama kira-kira sembilan bulan dalam setahun.

UMUM 
SUNGAI MACKENZIE

Sungai Mackenzie, di Wilayah Timur Laut, ialah

sungai terpanjang di Kanada. Sungai ini mengalir ke

utara dan barat sejauh kira-kira 1700 kilometer dari

Tasik Great Slave menuju ke Laut Beaufort.

Kebanyakan bahagian sungai ini melebihi 1.5

kilometer lebar. Kira-kira 1500 meter padu air

mengalir ke muaranya pada setiap saat. Air yang

mengalir masuk ke Sungai Mackenzie berpunca dari

anak sungai, termasuklah Sungai Liard, Sungai Great

Bear, Sungai Red Artik dan Sungai Peel. Air juga

masuk dari Tasik Great Slave melalui Sungai Slave

yang mengumpul air dari Sungai Peace dan Sungai

Athabasca. Sungai Mackenzie mengambil sempena

nama pengembara Kanada, Sir Alexander Mackenzie.

UMUM 
SUKU

Suku ialah satu kumpulan manusia yang bersaudara

melalui nenek moyang yang sama. Sesetengah suku

merupakan matrilineal (pertalian persaudaraan

melalui nasab ibu). Suku yang lain ialah patrilineal

(pertalian persaudaraan melalui nasab bapa). Ahli

sesuatu suku dapat merasakan hubungan yang rapat

antara satu sama lain, dan biasanya mempunyai

semangat perpaduan yang utuh walaupun mereka

mungkin tinggal berjauhan. Mereka sering berkongsi

harta benda atau hak-hak istimewa. Kebanyakan suku

dikatakan eksogami, iaitu ahli suku mesti berkahwin

di luar suku. Suku sering dinamai mengikut totem

(haiwan atau tumbuhan simbolik). Orang Asli Amerika

mempunyai suku dikenali sebagai suku Bear atau

suku Tobacco.

UMUM 

Kembali ke atas