Satah condong ialah peranti yang digunakan untuk mengangkat beban berat menggunakan daya yang agak kecil. Contohnya, menolak beban menaiki tanjakan ke atas sebuah pelantar memerlukan kurang daya daripada mengangkat beban ke atas pelantar, kerana beban bergerak lebih jauh. Katakanlah pelantar itu tingginya 3 ½ meter, tanjakan panjangnya 14 meter dan beban adalah sebuah tong 200 kilogram. Kerja yang diperlukan untuk mengangkat tong itu ke atas pelantar bersamaan dengan beban didarabkan dengan ketinggian, atau 200 x 3½, yang bersamaan dengan 700 kilogram daya-meter (atau 6860 newton-meter). Tetapi jika beban itu digolekkan menaiki tanjakan, daya yang diperlukan adalah: Daya = beban x ketinggian atau F =200 x 3½ = 50 kilogram ______________- ____________- daya jarak 14 Walaupun satah condong mengurangkan daya, amaun kerja yang dilakukan tetap 700 kilogram daya-meter (50 x 14). Satah condong adalah satu daripada enam mesin mudah (lihat Mesin [Enam mesin mudah]). |