Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.dil] | بديل

Definisi : senjata (spt senapang, meriam, dsb): ~ pekatu; ~ pemuras; ~ pengatu; ~ tegadas; ~-bedal bermacam-macam bedil; ~ besar sl meriam; menghadapkan ~ pulang prb merugikan kaum keluarga sendiri; menjual ~ kpd lawan prb mencelakakan diri sendiri; seletus ~ berbunyi, mencelur ikan dlm laut, berkokok ayam dlm hutan prb kata yg sepatah dapat menggemparkan orang di mana-mana (jika hendak berkata-kata, fikirlah dahulu supaya jangan menjadi heboh); berbedil-bedilan berbalas-balas tembakan, bertembakan, bertembak-tembak: kedua-dua pasukan itu ~ utk beberapa jam;membedil menembak dgn bedil, memasang bedil: musuh ~ kota itu dr laut;bedilan hasil membedil, tembakan: serangan-serangan tersebut dimulakan dgn ~-~ hebat dr dua buah kapal;pembedilan perbuatan membedil;pembedil orang yg tugasnya membedil. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.dil] | بديل

Definisi : ; ~ lalat sj tumbuhan (pokok renek), balun hijau, bulu-bulu, meletup api, pokok tepuk lalat, Diospyros argentea. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.dil] | بديل

Definisi : 1 beberapa jenis senjata api, spt meriam, senapang. 2 sj mainan anak-anak yg dibuat drpd buluh dan diletupkan dgn menggunakan kertas basah dsb sbg peluru. berbedil-bedilan saling menembak dgn bedil, berbalas-balas tembak: Maka lalu berperang ~ senapang dan pemuras sebelah-menyebelah sangat azmat bunyinya. membedil menembak dgn bedil. membedili menembak dgn bedil berkali-kali; menembaki: Mat Kilau berserta rakan-rakannya telah ~ tentera upahan Inggeris yg berperahu di Sungai Pahang. bedilan hal atau hasil membedil; tembakan. pembedilan perbuatan atau hal membedil. pembedil orang yg membedil. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bedil

Peribahasa

Menghadapkan bedil pulang.

Bermaksud :

Mencelakakan kaum keluarga sendiri. (Peribahasa lain yang sama makna: Menggunting dalam lipatan).

 

Lihat selanjutnya...(5)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SALTPETRE

Saltpetre, juga dinamakan niter , ialah mineral

yang dikenali oleh ahli kimia sebagai kalium nitrat

(KNO3). Ia wujud dalam gua batu kapur. Industri

menggunakan saltpetre untuk membuat mancis,

serbuk bedil, bahan letupan dan baja. Ahli kimia

menggunakannya sebagai reagen dalam kimia

analitikal. Saltpetre juga digunakan sebagai

pengoksida dalam bahan pendorong bahan api

roket.

UMUM 
SENAPANG BATU

Senapang batu ialah mekanisme menembak

yang digunakan dalam pistol, senapang lantak, dan

lain-lain senjata api semenjak kira-kira tahun 1620

hingga pertengahan tahun 1800-an. Senjata

senapang batu mengandungi sekeping batu api

diselitkan dalam sekeping bahan yang yang

dinamakan sebagai pencekah . Apabila picu dipetik,

pencekah akan terlantak ke hadapan dan batu api

akan membidas sekeping besi pada paksi lalu

mengeluarkan percikan api. Pada masa yang sama,

piring kecil yang berisi serbuk bedil akan meletup.

Percikan api akan menyebabkan serbuk bedil

meletup dan mencucuh peledak utama di dalam

laras. Senapang batu mungkin merupakan separuh

cekah , iaitu dalam keadaan selamat – atau cekah

penuh dan sedia untuk menembak. Senjata

senapang batu kemudiannya digantikan oleh

senjata api yang menggunakan tudung tukulan.

Lihat juga Senapang lantak; Senjata api.

UMUM 

Kembali ke atas