Senapang batu ialah mekanisme menembak yang digunakan dalam pistol, senapang lantak, dan lain-lain senjata api semenjak kira-kira tahun 1620 hingga pertengahan tahun 1800-an. Senjata senapang batu mengandungi sekeping batu api diselitkan dalam sekeping bahan yang yang dinamakan sebagai <i> pencekah i> . Apabila picu dipetik, pencekah akan terlantak ke hadapan dan batu api akan membidas sekeping besi pada paksi lalu mengeluarkan percikan api. Pada masa yang sama, piring kecil yang berisi serbuk bedil akan meletup. Percikan api akan menyebabkan serbuk bedil meletup dan mencucuh peledak utama di dalam laras. Senapang batu mungkin merupakan <i> separuh i> <i> cekah i> , iaitu dalam keadaan selamat – atau <i> cekah i> <i> penuh i> dan sedia untuk menembak. Senjata senapang batu kemudiannya digantikan oleh senjata api yang menggunakan tudung tukulan. Lihat juga Senapang lantak; Senjata api. |