AZIMAT | Azimat adalah tangkal berjampi yang dianggap mempunyai kuasa magis. Ia boleh dipakai di leher. Sesetengah orang percaya bahawa azimat boleh melindungi mereka daripada syaitan, penyakit, dan sihir. Azimat boleh diperbuat daripada sebarang bahan, tetapi kebanyakannya adalah daripada batu. Yang lainnya merupakan beg-beg kain kecil yang berisi objek yang dianggap berkuasa. Sebatang gigi atau sebatang tanduk atau kayu boleh juga dijadikan azimat. Sesetengah azimat mempunyai bentuk yang simbolik, misalnya anak bulan. Lihat juga Mata syaitan; Permata kelahiran. | UMUM | |
BEG DIPLOMATIK | Beg diplomatik ialah beg atau bekas yang mempunyai kekebalan diplomatik. | UNDANG-UNDANG | Konsep |
POLIETILENA | Polietilena ialah polimer sintetik yang utama, iaitu bahan penting dalam plastik. Keluaran plastik polietilena termasuk beg plastik dan bekas untuk susu dan minyak. Kira-kira satu per tiga daripada keluaran polimer sintetik adalah polietilena. | UMUM | |
ZEPPELIN, FERDINAND VON | Zeppelin, Ferdinand von (1838–1917) ialah perintis Jerman yang masyhur yang mencipta kenderaan yang lebih ringan di udara. Dia mencipta pesawat udara daripada beg gas, yang disokong oleh kerangka ringan di bahagian dalamnya. Pesawat udara ini dikuasai dan dikawal oleh enjin. | UMUM | |
MONTGOLFIER BERSAUDARA | Montgolfier bersaudara ialah pembuat kertas Perancis yang mencipta belon udara panas. Jacques Étienne Montdolfier (1745–1799) dan Joseph Michel Montgolfier (1740–1810) menjalankan eksperimen dengan beg besar yang berisi gas panas yang dihasilkan oleh benang bulu biri-biri dan jerami yang dibakar. | UMUM | |
SISTA | Sista ialah pundi tak normal dalam badan yang mengandungi bendalir dan tidak mempunyai bukaan keluar. Sista kulit berlaku lebih kerap daripada sista-sista lain. Ia biasanya terbentuk bukaan kelenjar minyak atau folikel rambut (struktur bak beg yang mengelilingi rambut) tersumbat. Sesetengah sista terbentuk di sekeliling bahan asing yang memasuki badan. Sista-sista lain terbentuk di sekeliling darah selepas berlaku kecederaan. Sista yang terbentuk dalam kelenjar air liur di bawah lidah dikenali sebagai ranula. Sista organ dalaman biasanya disebabkan oleh perkembangan organ yang tak normal. Sista dibuang melalui pembedahan. | UMUM | |
KULIT KRAF | Kulit kraf ialah seni membuat barangan daripada kulit untuk dijadikan perhiasan dan kegunaan lain. Kulit lembut dan bulu juga boleh digunakan. Barangan kulit yang paling popular termasuk tali pinggang, beg tangan, pelana dan kasut. Pekerja kulit kraf juga menggunakan kulit untuk mencipta perabot, barang kemas, ukiran dan perhiasan dinding. | UMUM | |