Mace ialah gas cecair pemedih mata, yang boleh
disemburkan daripada bekas yang bertekanan. Gas
ini menyebabkan mata berasa panas dan banyak
mengeluarkan air mata. Mace boleh menyebabkan
hilang upaya tetapi tidak berpanjangan. Istilah Mace
dan Chemical Mace ialah tanda perniagaan yang
digunakan oleh Smith & Wesson Chemical
Company, Inc., Amerika Syarikat, tetapi syarikat-
syarikat lain ada juga yang mengeluarkan cecair
kimia yang sama tetapi jenis gas yang boleh dikawal
dengan tangan.
Kipas. Pada zaman dahulu, manusia mendapat
tahu bahawa mereka dapat menyejukkan badan
dalam cuaca panas dengan mengibaskan daun di
udara untuk menghasilkan angin. Orang Assyria
dan Mesir zaman dahulu menggunakan kipas
tangan yang diperbuat daripada daun palma.
Orang kaya mempunyai hamba yang mengipas
mereka dengan menggunakan daun besar. Kipas
digunakan juga untuk mengibas lalat daripada
bekas yang mengandungi air suci di gereja kira-kira
pada tahun 300 M hingga tahun 1300 M.
BAKUL, bekas untuk mengisi barang, yang dianyam daripada bahan yang senang dilengkung dan dijalin seperti rotan, buluh, mengkuang, purun, bemban dan lain-lain. Menganyam bakul bermula dari dasar membawa ke atas bagi semua reka bentuk. Apabila selesai ukuran yang dikehendaki, anyaman dikemaskan dan dimatikan dengan jalinan rotan halus atau bemban, ataupun diapit dengan gelang rotan atau buluh di mulut bakul dan kemudian dijalin untuk meneguhkannya.
KAIN DAGANG LUAR, kain sarung yang dipakai di luar baju atau diselempangkan di atas bahu. Di Johor, kain dagang luar dikatakan dipengaruhi oleh orang Bugis yang berdagang menggunakan perahu dari satu tempat ke tempat lain. Kain sarung yang dipakai sebagai kain dagang luar ini dijadikan bekas mengisi barang-barang keperluan seperti pakaian, sayuran, buah-buahan dan lain-lain.
Thanks for clicking. That felt good.