Renoir, Jean (1894–1979) ialah pengarah filem
Perancis. Filemnya banyak mendedahkan
kelemahan manusia dan mencemuh sikap
masyarakat. Bagaimanapun, filemnya juga
menunjukkan belas kasihan terhadap manusia dan
kegagalan mereka. Renoir telah mengarah 36
buah filem termasuk dua buah filem yang paling
digemari ramai. Satu daripadanya, The Grand
Illusion (1937) mengkritik kesia-siaan perang dan
The Rules of the Game (1939) menyindir
perhubungan di kalangan orang kelas atasan pada
sebuah parti hujung minggu.
Mahavira (599?–527? S.M.) ialah guru agama
Jainisme. Dia tinggal di India. Para pengikutnya
percaya bahawa dia ialah anggota ke-24 daripada
jurai guru yang agung. Mahavira menganjurkan
sikap tidak berkeras dan mendesak para
pengikutnya menunjukkan belas kasihan kepada
semua makhluk, dan menjadi vegetarian supaya
haiwan tidak dibunuh untuk makanan.
Neoptolemus ialah wira Yunani semasa Perang
Trojan. Dia juga dikenali sebagai Pyrrhus. Bapanya
ialah wira Yunani bernama Archilles. Selepas
kematian Archilles dalam perang tersebut,
Neoptolemus membantu Yunani menewaskan
Trojan. Ketika orang Yunani menawan Troy,
Neoptolemus membunuh raja Trojan, iaitu Priam
yang sudah tua tanpa belas kasihan.
Thanks for clicking. That felt good.