Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. kayu (buluh dll) yg memanjang utk menguatkan dinding; 2. = ~ tenun kayu panjang yg menghubungkan kedua-dua tapak ani; 3. kayu penggaris (pembaris), mistar; 4. kayu yg menahan pukulan (tetakan). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata belebas I


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PETREL

Petrel adalah satu daripada sekumpulan besar

burung laut. Ia berkeliaran di semua lautan di

dunia. Petrel jarang datang ke daratan kecuali

semasa musim membiak, atau apabila ia ditiup

angin ribut ke pantai. Ia biasanya membuat sarang

di belebas yang terlindung atau dalam lubang di

sepanjang pesisir. Petrel berwarna hitam, kelabu

atau putih. Panjangnya berbeza-beza daripada kira-

kira 15 sentimeter hingga 90 sentimeter.

Sesetengah petrel mencari makanan dengan

menjunam ke dalam air. Tetapi kebanyakan petrel

terbang dekat dengan ombak dan mengambil

makanan dari permukaan air.

UMUM 
AVEN GUNUNG

Aven gunung ialah sejenis tumbuhan kecil dan

tahan lasak yang hidup liar di kawasan utara dan

artik. Aven gunung juga lambang bagi Wilayah Barat

Laut Kanada. Tumbuhan ini mempunyai bunga kecil

berwarna putih atau kuning dan berbentuk seperti

piring. Tumbuhan ini tumbuh di belebas tinggi dan

di cerun yang berbatu, di Asia, Eropah dan Amerika

Utara.

Pengelasan saintifik. Aven gunung adalah dari famili

mawar (rose), Rosaceae. Ia merupakan genus <i> Dryas i> . Aven

gunung kuning yang terdapat di kawasan “Rockies” Kanada

(Canadian Rockies) ialah <i> D. drummondii i> . Aven gunung

biasa ialah <i> D. octopetala i> .

UMUM 

Kembali ke atas