BIG BEN | Big Ben ialah loceng besar di menara jam Bangunan Parlimen di London. Big Ben beratnya 12 tan metrik. Diameternya 2.7 meter dan tingginya 2.3 meter. Big Ben mula bergema pada tahun 1859. Menjelang malam Tahun Baru 1923, loceng ini buat pertama kali didengari di radio, dan menjelang Tahun Baru 1949, loceng ini dan menara loceng yang terang-benderang muncul di kaca televisyen. Ia dipasang semasa Sir Benjamin Hall yang tinggi lagi gempal menjadi pesuruhjaya kerja raya. Benjamin digelar Big Ben dan anggota Parlimen menamakan loceng Big Ben sempena namanya. | UMUM | |
HOGAN, BEN | | UMUM | |
JONSON, BEN | | UMUM | |
CHIFLEY, BEN | | UMUM | |
LOCKSPEISER, SIR BEN | | UMUM | |
NICHOLSON, BEN | Nicholson, Ben (1894–1982), pelukis Inggeris yang dikenali kerana lukisan abstraknya. Sumbangan artistik Nicholson yang paling bernilai ialah ukir timbul ( relief ), gambar abstrak tiga dimensi yang dihasilkan dengan menggunting, mengukir, dan melukis papan kertas yang rata. | UMUM | |
AKIVA BEN JOSEPH | Akiva ben Joseph (50?–135 M.) ialah rabai yang banyak mempengaruhi perkembangan undang-undang Yahudi. Dia menekankan peri pentingnya setiap orang Yahudi mempelajari Torah, iaitu lima buku pertama Bible. | UMUM | |
JOHNSON, BEN | Johnson, Ben (1961- ), atlet Kanada dalam acara lari pecut 100 m. Beliau lahir pada 30 Disember 1961 di Falmouth, Jamaica tetapi kemudiannya berhijrah ke Toronto, Kanada. | SUKAN | Tokoh |
BOYD, BEN | Boyd, Ben (1803?–1851) ialah perintis dan pengembara Scotland yang menjadi terkenal kerana skim perniagaannya semasa pembangunan awal di Australia. | UMUM | |
CHEWONG | CHEWONG, kelompok kecil Orang Asli yang tergolong dalam subkelompok Senoi. Dalam banci penduduk pada tahun 1983, kelompok Chewong berjumlah 203 orang. Kelompok itu diberi nama yang berbagai-bagai, antaranya termasuklah Maroi, Jo-Ben, Cho-Ben, Jelbeng, Kleb dan Siwang. Pada masa ini, mereka menyebut diri mereka sebagai Chewong. | BUDAYA | Bangsa/Suku/Kaum |