ARTIFAK ISLAM | Artifak Islam. Tinggalan purba pada umumnya bermaksud benda-benda yang dibuat oleh manusia atau digunakan oleh manusia berupa tempat tinggal, perkakas rumah, alat-alat dan kesenian yang kemudiannya ditinggalkan kerana peredaran zaman. Sejak dahulu lagi, manusia sudah tahu menghargai barang-barang purba. Ini kerana menghargai barang-barang purba, menjaga hak milik dan mengingati tuan punya, serta menikmati kecantikan mempunyai hubungan yang erat dengan kecenderungan dan naluri manusia yang ingin memilikinya, menikmati keindahannya serta ingin mengetahuinya. | UMUM | |
KAJIAN ALAM SEMULA JADI | Kajian alam semula jadi bermakna memerhati dan mempelajari benda-benda dalam alam semula jadi. | UMUM | |
BERALIN | BERALIN, sejenis teknik tradisional untuk mengeluarkan benda-benda asing seperti duri, rambut dan sebagainya daripada badan pesakit akibat sihir atau penyakit semula jadi seperti angin dan panas. | BUDAYA | Kaedah |
KAPAS | Kapas ialah serat tumbuhan yang paling meluas digunakan. Serat kapas ditenun menjadi fabrik yang lembut, kuat, mudah menyerap untuk membuat pakaian, cadar, permaidani, alas meja, dan benda-benda lain. | UMUM | |
KLEPTOMANIA | Kleptomania ialah kegagalan yang berulang-ulang untuk menghalang gerak hati daripada mencuri. Mereka yang mengalami kleptomania mencuri benda-benda yang tidak diperlukannya atau yang tidak boleh digunakannya. Mereka tidak mengetahui mengapa mereka melakukannya. | UMUM | |
BENDA ASING GAS | Semua komponan bukan hidrokarbon yang wujud dalam gas asli yang baru dikeluarkan dari telaga minyak. | KEJURUTERAAN | Proses/Tindak Balas |
ASTRONOMI | Astronomi, ilmu falak atau astronomi adalah ilmu yang mengkaji bintang, planet dan benda- benda lain yang terdapat dalam alam semesta. Ahli- ahli astronomi sentiasa meneropong kedudukan dan pergerakan setiap jirim angkasa lepas. Penumpuan ahli astronomi tidak terhad kepada kegiatan meneropong semata-mata, malah mereka cuba mencari jawapan kepada persoalan seperti “Apakah rencaman bintang-bintang? dan Bagaimanakah bintang mendapat cahaya”. Oleh sebab itu, sesetengah ahli astronomi ini juga dikenali sebagai astrofizik, iaitu mereka yang mengkaji tindak balas fizik dan kimia yang berlaku di angkasa lepas. | UMUM | |
SENTUHAN | Sentuhan ialah deria yang memberikan kita rasa bersentuhan dengan sesuatu benda. Ia juga dinamakan organ taktil. Melalui deria ini kita boleh mengetahui bentuk dan kekerasan sesuatu benda. Menyentuh sesuatu benda boleh menimbulkan rasa panas, sejuk, sakit dan tekanan. Hujung saraf bebas dalam tisu memberikan rasa sakit. Sentuhan, kepanasan, kesejukan dan rasa sakit juga dinamakan deria kulit . | UMUM | |
STRABISMUS | Strabismus adalah penyebarisan mata yang tak normal, dengan sebelah mata tertumpu pada satu benda dan mata sebelah lagi tertumpu pada benda lain. Keadaan ini juga dikenali sebagai heterotropia atau juling. Biasanya, kedudukan mata membolehkan kedua-duanya melihat benda yang sama pada masa yang sama dan di tempat yang sama. Bagi strabismus, sebelah mata menghala ke lain daripada kedudukan biasanya. Jika mata ini menghala ke dalam ke arah hidung, keadaan ini dikenal sebagai strabismus menumpu. Bagi strabismus mencapah, mata itu menghala ke luar. Penyebarisan tidak normal itu mungkin juga menegak, dengan mata yang terjejas menghala ke atas atau ke bawah. Strabismus mungkin tetap atau berkala dan mungkin melibatkan sebelah mata sahaja atau silih berganti antara kedua-duanya. | UMUM | |
ASTIGMATISME | Astigmatisme ialah suatu kecacatan visual. Kecacatan ini menyebabkan benda yang dekat serta benda yang jauh kelihatan kabur. Kecacatan ini biasanya terdapat pada kedua-dua belah mata. Dalam kebanyakan hal, astigmatisme disebabkan lengkungan kornea , iaitu bahagian lut sinar mata, yang tidak normal. | UMUM | |