| RESPIRASI | Respirasi ialah proses bagi manusia dan lain-lain benda hidup mendapatkan dan menggunakan oksigen. Kecuali mikroorganisma tertentu, semua benda hidup memerlukan oksigen untuk hidup. Respirasi juga melibatkan penyingkiran karbon dioksida, iaitu gas yang dikeluarkan apabila sel menggunakan oksigen.  | UMUM |   | 
			
				| SAPROFIT | Saprofit ialah benda hidup yang mendapat makanannya daripada sisa organisma yang mati. Kebanyakan saprofit sama ada kulat seperti cendawan, dan kulapuk – atau bakteria. Organisma ini tidak mempunyai klorofil, iaitu pigmen hijau yang membolehkan tumbuhan membuat makanannya melalui  fotosintesis  (lihat Fotosintesis ). Saprofit menghadam tisu mati untuk tenaga yang diperlukan untuk hidup dan membiak. Proses ini biasanya menggunakan karbohidrat untuk menghasilkan karbon dioksida dan air. Saprofit juga boleh menghadam protein, lemak atau bahan-bahan lain yang dibuat oleh benda hidup dan menguraikannya menjadi sebatian yang lebih ringkas.  | UMUM |   | 
			
				| SPESIES TERANCAM | Spesies terancam ialah benda hidup yang terancam oleh kepupusan – iaitu kematian semua individu sejenisnya. Beribu-ribu spesies haiwan dan tumbuh-tumbuhan sedang terancam, dan bilangan ini meningkat setiap tahun. Haiwan terancam termasuk paus biru, sesetengah jenis buaya, orang utan, badak sumbu, harimau bintang salji, harimau dan burung jenjang kokol. Tumbuh-tumbuhan terancam termasuk running buffalo ceaver, sipres Santa Cruz, snakeroot, dan banyak spesies kaktus.  | UMUM |   | 
			
				| KELAPARAN | Kelaparan terjadi apabila benda hidup mati  kerana kekurangan sebarang bahan makanan yang  perlu bagi kehidupan. Bahan makanan ini dikenali  sebagai nutrien atau zat makanan. Zat makanan  dikelaskan kepada enam kumpulan: karbohidrat,  lemak, mineral (garam galian), protein, vitamin, dan  air. Zat makanan membekalkan tenaga untuk  mengatur proses tubuh dan untuk membina dan  menyenggara tisu tubuh.  | UMUM |   | 
			
				| KEMATIAN | Kematian bermakna berakhirnya kehidupan.  Semua benda hidup akhirnya akan mati, tetapi  barangkali hanya manusia yang boleh membayangkan  kematian mereka. Kebanyakan manusia  takut kepada kematian dan mencuba untuk tidak  memikirkan tentangnya. Walaupun begitu, sikap  berhati-hati terhadap kematian merupakan salah satu  daripada dorongan utama yang membentuk  tamadun manusia. Sepanjang peredaran sejarah,  manusia tidak pernah berhenti mencari kaedah  perubatan terkini untuk melambatkan kematian. Ahli  falsafah dan ketua agama telah mencuba untuk  memahami makna sebenar kematian. Sesetengah  para cerdik pandai percaya bahawa perkembangan  manusia ini ialah hasil daripada kemampuan  manusia mengatasi kematian dan memperoleh  keabadian hasil pencapaiannya yang berkekalan.  | UMUM |   | 
			
				| EKOLOGI | Ekologi ialah cabang sains yang mengkaji  hubungan benda hidup sesama sendiri dan  dengan persekitarannya.  | UMUM |   | 
			
				| SEKUOIA | Sekuoia , juga dinamakan sequonia, ialah pokok yang tergolong antara benda hidup yang paling besar dan paling tua di bumi. Berjuta-juta tahun dahulu pokok-pokok ini tumbuh di hutan rimba yang besar di seluruh dunia. Terdapat banyak jenis yang berbeza. Tetapi hanya dua jenis sekuoia sebenar sahaja yang masih tinggal berserta pokok China yang berkaitan rapat dengannya. Kedua-dua jenis sekuoia asli ini iaitu sekuoia  kayu merah  dan sekuoia raksasa, ditemui terutamanya di California, Amerika Syarikat. Nama  sekuoia  berasal daripada nama Orang Asli Cherokee yang mencipta abjad bertulis untuk puaknya.  | UMUM |   | 
			
				| ASID AMINO | Asid amino ialah nama sebatian organik yang menjadikan semua protein dalam benda hidup. Ahli sains menyebut asid amino sebagai  blok   binaan protein  . Semua asid amino mengandungi karbon, hidrogen, oksigen, dan nitrogen. Sesetengahnya juga mengandungi sulfur.  | UMUM |   | 
			
				| ENZIM | Enzim ialah molekul protein yang mempercepat  tindak balas kimia dalam semua benda hidup.  | UMUM |   | 
			
				| RACUN | Racun ialah sebarang bahan yang boleh membunuh atau menyebabkan kesakitan kepada benda hidup. Ia memasuki badan dengan cara menelan, menyedut baunya, suntikan dan diserap oleh membran kulit. Kajian tentang racun dikenali sebagai  toksikologi,  dan banyaknya racun disebut  toksin.   | UMUM |   |