SHRIKE | Shrike ialah burung yang boleh dikenal melalui paruhnya yang kuat dan bengkok sedikit, dan melalui tabiatnya menujah belalang, mencit, dan burung kecil pada duri, ruit, atau ranting, sama seperti penyembelih menggantung daging. Burung ini kemudiannya menyiat mangsanya hingga halus dan memakannya. Daripada tabiat ini berasal nama biasanya, iaitu burung penyembelih. | UMUM | |
MERGANSER | Merganser ialah nama sekumpulan itik yang memakan ikan. Merganser menangkap ikan dengan paruhnya yang sempit lurus yang bengkok di hujungnya dan bertakik di tepinya. Oleh sebab ini, ia kadangkala dikenal sebagai paruh geraji. Merganser biasa atau goosander, dan merganser berdada merah hidup di seluruh kawasan utara beriklim sederhana. Hooded merganser hidup di Amerika Utara, tetapi ia kadangkala kelihatan di Eropah. Kebanyakan merganser berhijrah ke selatan pada musim sejuk. | UMUM | |
PUNCH DAN JUDY | Punch dan Judy ialah watak utama dalam sejenis pertunjukan boneka komik yang popular di England . Punch ialah si bongkok yang berhidung bengkok yang memakai pakaian tradisional Itali . Manakala Judy pula ialah isterinya. Pertunjukan Punch dan Judy biasanya mempunyai banyak cerita jenaka yang kasar dan ganas. Dalam pertunjukan itu, Punch selalunya memukul anaknya, bertengkar dengan isterinya, dan membunuhnya dan ada kalanya watak lain. Punch dibawa ke muka pengadilan dan dihukum mati, tetapi berjaya mengelakkan hukuman itu melalui tipu muslihat. | UMUM | |
SKUA | Skua, juga dikenali sebagai skua besar ialah burung pemangsa yang hidup hampir sepanjang tahun di lautan. Skua adalah burung yang garang, mempunyai paruh yang kuat bengkok dan bulu berwarna perang dan putih. Skua didapati jauh di tengah lautan, tempat ia menyerang burung camar dan tarn, merampas ikan yang telah ditangkap oleh burung-burung ini. Di darat, ia juga memakan burung kecil dan telurnya. | UMUM | |
IKAN SISA NABI | Ikan sisa nabi ialah nama famili ikan pipih yang tengkoraknya herot hinggakan kedua-dua matanya terletak pada sisi badan yang sama. Ikan sisa nabi hidup dalam laut panas dekat pantai. Matanya kecil dan terletak rapat dengan satu sama lain. Mulutnya bengkok, badannya pipih dan berbentuk bujur. Ikan ini mempunyai sirip ekor yang membulat. | UMUM | Umum |
SHEARWATER | Shearwater ialah nama sekumpulan burung laut yang hidup di lautan. Ia berbeza-beza panjangnya dari 25 sentimeter hingga 50 sentimeter. Shearwater berwarna perang atau hitam kekelabuan. Sesetengah spesies mempunyai perut putih. Ia mempunyai paruh yang bengkok sedikit, dengan lubang hidung berbentuk tiub. Burung ini terbang melayang di atas ombak, mengepak-ngepakkan sayapnya yang panjang, kurus sekali-sekala sahaja. Sesetengahnya terbang bersendirian, tetapi yang lain berhimpun berkawanan yang mungkin terdiri daripada ribuan ekor. Burung ini memakan ikan, sotong, dan krustasea kecil. | UMUM | |
POSTUR | Postur ialah kedudukan tubuh seseorang ketika berdiri atau duduk. Postur ditentukan oleh keupayaan seseorang mengekalkan keseimbangan terhadap daya graviti, yang menarik tubuh secara berterusan ke bawah. Tindakan sesetengah otot tertentu mengekalkan tubuh supaya tegak lurus. Otot ini termasuk otot yang menahan belakang, pinggul dan lutut daripada bengkok. Disebabkan oleh tindakan tolak ansur dengan tarikan graviti dan juga tindakan otot, maka postur ialah keadaan yang dinamik dan sentiasa berubah. | UMUM | |
KERI | KERI, alat pertanian tradisi untuk membersihkan rumput rampai dan tumbuhan melata di sawah padi. Rupa keri seperti cangkul tetapi lebih kecil. Mata keri diperbuat daripada besi waja. Bentuknya bengkok. Bahagian belakangnya tumpul manakala bahagian hadapannya tajam., Panjang hulu keri lebih kurang 0.92 cm, diperbuat daripada kayu keras dan tahan tetapi ringan seperti kayu halban. | BUDAYA | Alat/Alatan |
KUKU KAMBING | KUKU KAMBING, alat pertanian yang digunakan untuk menanam padi. Kuku kambing ini berbentuk bengkok dan berukuran lebih kurang 0.6 m panjang. Terdapat dua bahagian kuku kambing, iaitu hulu dan kuku. | BUDAYA | Alat/Alatan |