Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bén.téng] | بينتيڠ

Definisi : (bénténg) 1. tembok (drpd batu, tanah, dll) utk mempertahankan kota dll drpd serangan musuh: ~ serupa itu dgn mudah dapat ditembusi musuh; 2. tempat yg diperkuat dgn tembok: Singapura merupakan ~ pertahanan Sekutu dlm Perang Dunia Kedua; 3. tembok atau binaan yg dipertinggi (drpd tanah dll) utk menahan air atau menyokong jalan atau landasan kereta api; 4. tempat yg bertembok di sekeliling tempat tinggal tentera, kubu: pd malam hari, tentera Belanda tidak dibenarkan keluar ~; 5. pertahanan terhadap ancaman, faktor (unsur) yg mempertahan atau melindungi sesuatu: Malaysia dianggap sbg ~ demokrasi di Asia Tenggara; 6. tir (nama sj buah catur); berbenteng mempunyai benteng;berbentengkan menggunakan sesuatu sbg benteng;membentengi memperkuat (menahan dll) dgn benteng, mempertahankan, melindungi: ketenangan adalah senjata yg ~ diri drpd menyerlahkan sifat-sifat buruk manusia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bén.téng] | بينتيڠ

Definisi : /bénténg/ 1 dinding drpd batu utk melindungi kota drpd serangan musuh: ~ besi sekalipun akan hancur oleh meriam sebesar itu. 2 tempat yg diperkuat dgn tembok batu; tempat yg dikelilingi tembok utk kediaman askar; kubu: Askar kompeni semuanya tinggal di dlm ~. 3 sesuatu yg digunakan utk menguatkan atau utk mempertahankan sesuatu yg lain; sesuatu yg digunakan sbg tempat bertahan: Malaysia biasanya dianggap sbg ~ demokrasi di Asia Tenggara. berbenteng ada bentengnya. berbentengkan ada sesuatu sbg benteng: Mereka ~ batang pisang. membenteng membuat benteng pd (di): Mereka ~ kawasan itu dgn dinding batu yg kukuh. membentengi 1 merupakan benteng pd: Tembok batu ~ kota itu. 2 ki melindungi. membentengkan menggunakan sesuatu sbg benteng: Orang-orang kampung ~ batang pisang sbg perlindungan. pembentengan perihal, perbuatan dsb membenteng, membentengi atau membentengkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata benteng


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SUNGAI PO

Sungai Po ialah jalan air yang terbesar di Itali.

Sungai Po bermula berhampiran Monte Viso di

Cottian Alps dan mengalir ke arah timur kira-kira

652 kilometer ke delta besar di Laut Adriatik. Hampir

semua sungai di utara Itali adalah cabang kepada

Sungai Po. Tasik Maggiore, Como, Lecco, Iseo dan

Garda mengalir ke Sungai Po. Aliran sungai ini

adalah deras di bahagian atas tetapi beransur

perlahan sebelum tiba di laut. Sungai Po juga sering

menyebabkan banjir. Kira-kira pada tahun 300 M.,

kaum Etruscan telah membina benteng dalam usaha

untuk mengawal banjir. Mendapan lanar-lanar

meningkatkan lagi paras Sungai Po. Dari semasa ke

semasa, benteng-benteng ini ditinggikan melebihi

aras sungai. Untuk lokasi, lihat Itali (peta fizikal).

UMUM 
SUNGAI ORANGE

Sungai Orange ialah sungai yang terpanjang di

Afrika Selatan. Ia mengalir ke arah barat

menyeberangi bahagian selatan benua Afrika.

Benteng pasir dan air yang cetek menyebabkan

Sungai Orange tidak berfungsi bagi pelayaran.

Walau bagaimanapun, sungai ini berfungsi sebagai

sumber kuasa hidroelektrik yang penting dan

membekalkan air yang amat diperlukan bagi projek

penyaliran. Batu kerikil sungai ini mengandungi

longgokan berlian di sesetengah kawasan. Untuk

lokasinya, lihat Afrika Selatan (peta rupa bumi).

UMUM 
MENARA MARTELLO

Menara Martello ialah menara pertahanan yang

dibina pada tahun 1804 di sepanjang pantai selatan

dan pantai tenggara England serta pantai timur

Ireland. Menara itu dibina sebagai benteng

pertahanan terhadap ugutan serangan Napoleon.

William Pitt mengarahkan supaya 74 buah menara

Martello dibina di sepanjang pantai Essex, Kent,

dan Essex Timur. Menara Martello meniru sebuah

menara di Tanjung Mortella; Corsica. Tinggi

menara ini kira-kira 12 meter dan temboknya

setebal tiga meter. Tiga laras senapang dilekapkan

pada bumbung setiap menara.

UMUM 
KOTA

KOTA, kubu atau benteng pertahanan dan pusat pentadbiran raja-raja Melayu pada zaman pemerintahan kerajaan Melayu lama. Dalam naskhah Melayu lama, perkataan kota sering dikaitkan dengan istana raja-raja Melayu kerana apabila seseorang raja Melayu membuka sebuah negeri yang baharu, raja akan mengarahkan rakyatnya mendirikan istana yang berkota. Ini bermakna kompleks istana raja lengkap dengan balai penghadapan, balai besar, balairung seri dan bangunan lain kepunyaan raja terletak dalam sebuah kawasan yang berpagar. Lazimnya, pagar tersebut diperbuat daripada kayu sasak, buluh, benteng tanah ataupun tembok batu atau buah-buahan binaan yang lain. Kawasan kompleks istana yang berpagar di sekelilingnya inilah disebut ‘Istana Berkota’.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKesultanan/Kerajaan/Pemerintahan
PULAU LAMBAY

Pulau Lambay ialah sebuah pulau kecil di Laut

Ireland, di luar pantai kaunti Dublin, Ireland. Ia

mempunyai kawasan seluas lebih kurang 21

kilometer persegi. Pulau ini dikenali sebagai

tempat perlindungan burung. Pulau ini milik

peribadi dan pengunjung mesti mendapatkan

kebenaran khusus. Lambay merupakan tempat

serangan pertama orang Viking terhadap Ireland

pada tahun 790-an. Pulau ini mempunyai runtuhan

benteng yang dibina semenjak tahun 1500-an.

UMUM 
ASTRAKHAN

Astrakhan (pend. 510 000) ialah bandar di barat

daya Rusia di delta Sungai Volga (lihat Rusia [peta

politik]). Astrakhan menganjur melintasi beberapa

buah pulau di delta Sungai Volga. Astrakhan

merupakan pusat perdagangan yang penting kerana

perhubungan airnya yang baik dengan pelabuhan-

pelabuhan di Laut Kaspia dan pelabuhan-pelabuhan

Sungai Volga. Perikanan merupakan salah satu

perusahaan utama. Kaviar ialah hasil keluaran

Astrakhan . Sebagaimana Moscow, yang paling

menonjol di Astrakhan ialah sebuah benteng lama

yang bernama kremlin .

UMUM 
KERATONKERATON, istana raja di jawa, Indonesia. Perkataan ini berasal daripada perkataan Hindu. Makna keraton yang lebih luas ialah kawasan kediaman keluarga diraja. Keraton biasanya didiami oleh raja sendiri dan keluarganya yang ada hubungan darah raja dan juga hamba raja. Dalam bahasa Jawa daerah, 'dalem benteng' bermaksud keraton yang dikelilingi oleh tembok batu yang tinggi seolah-olah `kota kecil' dalam kota seperti yang terdapat di keraton Yogyakarta dan Surakarta. Dalam kota kecil ini terdapat rumah kediaman, jalan, pintu gerbang dan se­bagainya.SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep
SULTAN MUHAMMAD DAUD SYAHSULTAN MUHAMMAD DAUD SYAH (1870-1939), Sultan Aceh yang terakhir (1878-1939). Nama penuh baginda ialah Sultan Alaiddin Muhammad Daud Syah.  Baginda ditabal sebagai Sultan Aceh pada tahun 1878 ketika berumur lapan tahun di Masjid Benteng Indrapuri. Oleh sebab usia yang muda, urusan pemerintahan dijalankan oleh Mangkubumi Tuanku Hasyim Banta Muda, yang juga Panglima Tertinggi Angkatan Perang Aceh.  Pelantikan Sultan Muhammad Daud berdasarkan Hukum Adat.SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
KOTA RAJA MAHADI

KOTA RAJA MAHADI, kawasan kediaman dan benteng pertahanan Raja Mahadi, putera kepada Sultan Sulaiman, yang memerintah negeri Selangor pada pertengahan abad ke-19. Kota ini terletak di puncak sebuah bukit di selatan Sungai Kelang.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
SALISBURY

Salisbury (pend. 103 200) ialah daerah kerajaan

tempatan di Wiltshire, England. Bandar Salisbury

terletak di tengah-tengah daerah ini, di

persimpangan Sungai-sungai Avon, Bourne, dan

Nadder. Gereja Besar Salisbury yang indah terletak

di tebing Sungai Avon yang dibina pada tahun

1220. Puncak menaranya setinggi 123 meter ialah

menara tertinggi di England. Tembokan tanah

yang mengagumkan di Old Sarum terletak kira-kira

tiga kilometer di sebelah utara bandar. Old Sarum

ialah pusat ekonomi dan agama yang utama di

England sebelum penaklukan Rom. Kini, yang

masih tinggal di Old Sarum ialah sebuah benteng

besar dengan tebing pertahanan daripada tanah.

Tapak Stonehenge yang masyhur juga terletak di

daerah ini. Stonehenge merupakan struktur

prasejarah yang paling besar di barat Eropah.

Lihat juga Wiltshire.

UMUM 
12

Kembali ke atas