Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.ra.dab]/[ber.a.dab] | برادب

Definisi : 1. mempunyai (menunjukkan) adab, berbudi bahasa, bersopan: kelakuannya spt orang tidak ~; 2. telah maju tingkat ke­hidupan (jasmani dan rohani), bertamadun: bangsa-bangsa yg ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.ra.dab]/[ber.a.dab] | برادب

Definisi : 1 baik budi bahasanya; sopan: Orang yg ~ tidak akan meninggikan suara apabila berkata-kata dgn ibu bapanya. 2 telah maju tingkat kehidupannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata beradab


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MUHAMMAD BIN TUGHLUQ

Muhammad bin Tughluq (1290–1351)

merupakan sultan kedua Dinasti Tughluq. Dinasti

itu memerintah hampir keseluruhan subbenua

India tetapi pemerintahannya tidak lama. Baginda

diputerakan di Delhi. Baginda menunjukkan

kepandaian semasa masih kecil, dan menunjukkan

dirinya bakal menjadi pahlawan. Baginda

membesar menjadi orang yang beradab, toleran

dan berwawasan, namun boleh bertindak kejam.

UMUM 
PERTEMUAN SASTERAWAN NUSANTARA

PERTEMUAN SASTERAWAN NUSANTARA, forum cendekiawan, sasterawan dan budayawan serantau.  Gagasan untuk mengadakan pertemuan ini lahir sewaktu berlangsungnya Seminar Kesusasteraan di Kuala Lumpur pada bulan April 1973.  Seminar ini telah menghasilkan beberapa penyataan yang menjadi dasar berlangsungnya Pertemuan Sasterawan Nusantara.  Antara pernyataan tersebut termasuklah (i) kesedaran adanya ikatan dan hubungan sejarah rumpun bangsa dan kebudayaan yang beradab lamanya antara rakyat negara-negara kawasan ikatan dan hubungan dalam penjelmaan dan pentafsiran baru bagi kepentingan dan kemajuan kebudayaan Nusantara, khususnya sasterawan dan (iii) kesedaran tentang hak penulis dan keadilan masyarakat.

SASTERAKarya

Kembali ke atas