Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.ra.ga.ma]/[ber.a.ga.ma] | براݢام

Definisi : 1. mempunyai agama, menganut sesuatu agama: orang Melayu ~ Islam; 2. mematuhi ajaran-ajaran agama, taat pd agama, beribadat: memang dia orang ~, tentu sahaja tidak mahu negara yg tidak ber­dasarkan agama kita; 3. bp terlalu sangat mementingkan, gemar benar, memuja-muja: ~ kpd harta benda; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.ra.ga.ma]/[ber.a.ga.ma] | براݢام

Definisi : 1 menganut atau mempercayai sesuatu agama: Kebanyakan orang Melayu ~ Islam. 2 mematuhi segala ajaran agama; taat kpd agama; beribadat: Beliau sangat kuat ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata beragama


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KEHIDUPAN BERAGAMA UMUM 
KEBEBASAN BERAGAMA

Kebebasan beragama ialah hak seseorang

untuk mempercayai dan mengamalkan

kepercayaan yang menjadi pilihannya. Ia termasuk

hak individu untuk tidak mempunyai kepercayaan

langsung.

UMUM 
QADIYANI

Qadiyani ialah suatu kumpulan yang mendakwa

mereka beragama Islam. Kumpulan al-Qadiyani ini

adalah kumpulan yang diasaskan oleh seorang

yang bernama Ghulam Ahmad yang lahir di salah

sebuah kampung di al-Binjab pada tahun 1256 H.

bersamaan 1839 M.

UMUM 
ROUAULT, GEORGES

Rouault, Georges (1871–1958) ialah pelukis

Perancis. Dia seorang yang kuat beragama dan

memegang prinsip moral yang kukuh, dan hasil

karyanya menunjukkan kebenciannya terhadap sikap

kepura-puraan, kemiskinan, dosa, dan peperangan.

UMUM 
SEVEN SLEEPERS OF EPHESUS

Seven Sleepers of Ephesus , menurut legenda

purba, ialah tujuh remaja beragama Kristian yang

telah melarikan diri ke kawasan pergunungan

berhampiran Ephesus di Asia Kecil, untuk

menyelamatkan diri daripada penganiayaan oleh

Maharaja Decius pada tahun 251 M. Orang yang

mengejar mereka telah menemui tempat

persembunyian mereka dan menyekat jalan masuk

ke situ. Dua ratus tahun kemudian, seorang

penggembala terserempak dengan gua tersebut

dan menemui ketujuh-tujuh remaja tersebut

sedang nyenyak tidur. Apabila dia

mengejutkannya, mereka mengatakan bahawa

mereka baru tidur  satu malam sahaja. Salah

seorang daripada mereka pergi ke Ephesus untuk

mencari makanan dan membayar dengan

menggunakan duit syiling yang berusia 200 tahun.

Remaja itu telah ditangkap kerana disyaki sebagai

pencuri harta karun. Walau bagaimanapun,

Maharaja Theodosius II percaya bahawa satu

keajaiban telah berlaku dan membawa remaja itu

dalam satu perarakan besar-besaran ke gua

tersebut. Kemudian, dia membina sebuah gereja

dan kawasan perkuburan yang besar di situ

sebagai memperingati peristiwa itu. Ketujuh-tujuh

lelaki itu hidup tidak lama. Kesemuanya meninggal

dunia pada masa yang sama dan dikebumikan di

tempat mereka pernah tidur.

UMUM 
AMRITSAR

Amritsar (pend. 709 456) ialah bandar di Punjab,

negeri di utara India. Untuk mengetahui

kedudukannya, lihat India (peta politik). Orang Sikh,

yang mengamalkan agama Sikhisme India,

menghormati Amritsar sebagai sebuah bandar suci.

Kebanyakan penduduk Amritsar orang beragama

Hindu, tetapi sebahagian besar orang Sikh juga

tinggal di bandar ini. Kawasan luar bandar di

sekitarnya pula didominasi oleh petani Sikh.

UMUM 
LOMBOK

LOMBOK, pulau dan salah satu daripada enam kabupaten di Propinsi Nusa Tenggara Barat. Lombok terpisah dari Bali di sebelah baratnya oleh Selat Lombok dan Sumbawa di sebelah timurnya oleh Selat Alas. Bahagian barat pulau ini banyak dipengaruhi budaya orang Bali. Bahagian timur pulau ini pula merupakan tanah air orang asli Sasak, yang mempunyai budaya dan bahasa yang berbeza daripada orang Bali. Salah satu perbezaan utama ialah orang asli Sasak beragama Islam, manakala orang Bali beragama Hindu.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
PORTER, KATHERINE ANNE

Porter, Katherine Anne (1890–1980) ialah penulis

Amerika yang terkenal terutamanya kerana cerpennya.

Koleksi cerpennya Collected Stories (1965) memenangi

Hadiah Pulitzer bagi kategori fiksyen pada tahun 1966.

Karya terkemuka Porter menggambarkan tentang

keinginannya terhadap politik dan fahaman kebebasan

sosial. Kebanyakan ceritanya berunsur keagamaan

yang menggambarkan latar belakangnya yang

beragama Roman Katolik. Porter menghasilkan

cerpennya berdasarkan kawasan tertentu seperti Amerika

Selatan atau Barat Daya, Mexico, ataupun Eropah.

UMUM 
PERSATUAN SEKERJA

Persatuan sekerja di Zaman Pertengahan ialah

persatuan orang yang mempunyai minat yang

sama, atau terlibat dalam tugas yang sama. Mereka

menubuhkan pertubuhan-pertubuhan amal,

keagamaan, dan sosial. Ahli persatuan keagamaan

membayar wang untuk tabung bersama. Ahli yang

memerlukan pertolongan disebabkan sakit atau

untuk kegunaan masa tua menerima bantuan yang

dikenali sebagai sedekah. Persatuan ini

mengadakan upacara mass (upacara orang yang

beragama Katolik) untuk ahli yang meninggal

dunia. Pada tahun 1500-an, aktiviti persatuan

keagamaan ini disekat di England.

UMUM 
MELAYU COCOS

MELAYU COCOS, keturunan buruh paksa yang berasal dari Kepulauan Melayu Hindia Timur lama dan menetap di Kepulauan Cocos (Keeling) sejak tahun 1820-an.  Mereka beragama Islam dan bertutur bahasa Melayu lama serta mengamalkan cara hidup orang Melayu yang dibawa dari kawasan asal mereka.

BUDAYABangsa/Suku/Kaum
123

Kembali ke atas