| THOMAS, DYLAN | Thomas, Dylan (1914–1953) ialah penyair Wales yang menulis sebahagian daripada puisi yang begitu menyentuh hati dan penuh berahi dalam kesusasteraan moden. Sejak penerbitan buku pertamanya, Eighteen Poems (1934), para pengkritik mengiktirafnya sebagai penyair tulen dan pintar. | UMUM | |
| AFRODIT | Afrodit ialah dewi cinta dan kecantikan dalam mitologi Yunani. Dewi orang Rome, Venus mempunyai persamaan dengan Afrodit. Orang Yunani percaya bahawa Afrodit mempunyai dua ciri. Sebagai Afrodit Pandemos (Afrodit bagi semua orang) ia menjadi penaung kepada cinta berahi. Afrodit Urania (Afrodit Langit) mengilhami cinta intelektual dan spiritual. Eros, dewa cinta, ialah pasangannya dan menurut sesetengah mitos, Eros ialah anaknya. Orang Yunani menyembah Afrodit sebagai dewi kesuburan yang mewujudkan dan mengekalkan kehidupan. | UMUM | |
| NIK SAFIAH HAJI ABDUL KARIM, DATUK | Nik Safiah Abdul Karim, Datuk (1939- ), ahli linguistik dan pejuang bahasa Melayu. Beliau dilahirkan pada 17 Disember 1939 di Kampung Banggol, Jalan Pantai Cinta Berahi, Kelantan. | BAHASA | Tokoh |
| BOSWELL, JAMES | Boswell, James (1740–1795) ialah pengarang Scotland yang menulis sebuah biografi tentang Doktor Johnson, iaitu penulis dan pengkritik yang penting. Walaupun kemasyhurannya terletak pada karya The Life of Samuel Johnson (1791), tetapi Boswell juga seorang penulis penting. Jurnalnya yang begitu hidup memperlihatkan watak Boswell yang penuh kontradiksi – ceria, pemuram, penuh berahi tetapi warak, suka bermegah tetapi pengasih. | UMUM | |