Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berakhirnya


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KEMATIAN

Kematian bermakna berakhirnya kehidupan.

Semua benda hidup akhirnya akan mati, tetapi

barangkali hanya manusia yang boleh membayangkan

kematian mereka. Kebanyakan manusia

takut kepada kematian dan mencuba untuk tidak

memikirkan tentangnya. Walaupun begitu, sikap

berhati-hati terhadap kematian merupakan salah satu

daripada dorongan utama yang membentuk

tamadun manusia. Sepanjang peredaran sejarah,

manusia tidak pernah berhenti mencari kaedah

perubatan terkini untuk melambatkan kematian. Ahli

falsafah dan ketua agama telah mencuba untuk

memahami makna sebenar kematian. Sesetengah

para cerdik pandai percaya bahawa perkembangan

manusia ini ialah hasil daripada kemampuan

manusia mengatasi kematian dan memperoleh

keabadian hasil pencapaiannya yang berkekalan.

UMUM 
PERINTAH BERKURUNG

Perintah berkurung ialah satu tempoh dari

siang hari yang membawa ke petang dan

berakhirnya kerja. Perkataan ini berasal daripada

perkataan Perancis couvrefeu yang bermaksud

padamkan apa yang sedang menyala . Pada

permulaan waktu perintah berkurung, loceng

dibunyikan memberitahu penduduk supaya

memadamkan lampu, menutupi api dan tidak

berada di jalan raya sehingga hari siang.

UMUM 
YEVTUSHENKO, YEVGENY

Yevtushenko, Yevgeny (1933 – ), penyair

Rusia. Kebanyakan hasil karyanya ditujukan

kepada penduduk Kesatuan Soviet selepas

berakhirnya Perang Dunia II pada tahun 1945.

Yevtushenko menguasai sepenuhnya kaedah

persembahannya dan menggunakan gaya bahasa

yang mudah difahami.

UMUM 
MENOPAUS

Menopaus ialah masa dalam kehidupan wanita

apabila tempoh haidnya terhenti. Kebanyakan

wanita mengalami tempoh haid yang terakhir

antara usia 45 tahun hingga 55 tahun. Tempoh haid

yang terakhir menandakan berakhirnya tempoh

melahirkan anak semula jadi pada wanita.

Menopaus sering dikenali sebagai perubahan

hidup.

UMUM 
DE GAULLE, CHARLES ANDRÉ JOSEPH MARIÉ

De Gaulle, Charles André Joseph Marié

(1890–1970) ialah patriot, tentera, dan negarawan

Perancis yang terkemuka pada tahun 1900-an.

Dia memimpin pasukan penentang Perancis

untuk menentang Jerman semasa Perang Dunia II

(1939–1945), dan mengembalikan semula susunan

pentadbiran Perancis selepas berakhirnya perang.

UMUM 
MUAWIYAH BIN ABU SUFYAN

Mu’awiyah bin Abi Sufyan ( - 60 H), khalifah pertama kerajaan Bani Umayyah selepas berakhirnya pemerintahan Khulafa’ al-Rasyidin dengan kematian Sayidina Ali bin Abi Talib pada tahun 41 H.

AGAMABangsa/Suku/Kaum
PASANG SURUT

Pasang surut ialah turun naik paras air di

kawasan perairan yang luas mengikut jadual masa

yang tetap. Pasang surut mengawal kehidupan

orang yang tinggal di sepanjang kawasan pantai

dunia. Pasang surut juga penting bagi kanak-kanak

yang berenang di tepi pantai. Kanak-kanak akan

berenang semasa air sedang pasang dan mencari

kepah di pantai semasa air sedang surut. Pasang

surut air juga menandakan waktu bermula atau

berakhirnya bagi nelayan menangkap ikan kerana

nelayan memerlukan air pasang untuk keluar atau

masuk pelabuhan.

UMUM 

Kembali ke atas