OTTAWA | Ottawa , Ontario ialah ibu negara Kanada. Ottawa terletak di kawasan berbukit yang beralun di tebing selatan Sungai Ottawa, kira-kira 193 kilometer di barat Montreal. Taman yang menarik, bangunan kerajaan yang mengagumkan, dan jalan raya yang mempunyai pemandangan yang cantik menambahkan lagi keindahan bandar ini. | UMUM | |
SYRIA | Syria ialah negara Arab di hujung timur Laut Mediterranean. Negara ini mempunyai dataran yang beralun, lembah sungai yang subur dan gurun yang gersang. Damsyik ialah ibu negara Syria dan bandar raya terbesar. | UMUM | |
REPUBLIK AFRIKA TENGAH | Republik Afrika Tengah ialah negara yang jarang penduduknya di tengah Afrika. Sebahagian besar Republik Afrika Tengah adalah dataran tinggi yang luas dan beralun dan diselang-seli oleh lembah sungai yang dalam. Rumput dan pokok yang tumbuh berselerak menutupi sebahagian besar negara ini. Hutan hujan yang tebal terdapat di barat daya, dan bahagian timur laut yang paling jauh adalah kering-kontang. Antelop, kerbau, gajah, gorila, singa, badak sumbu, dan haiwan liar lain hidup di Republik Afrika Tengah. | UMUM | |
SILLS, BEVERLY | Sills, Beverly (1929– ), penyanyi wanita Amerika dan salah seorang soprano opera yang terkemuka pada pertengahan tahun 1900-an. Dia terkenal kerana suaranya lantang, bertenaga dan beralun-alun. | UMUM | |
MALI | Mali ialah negara yang besar di bahagian barat Afrika. Gurun Sahara yang luas di Afrika meliputi separuh negara ini di bahagian utara. Padang rumput yang beralun meliputi kebanyakan bahagian lain Mali. | UMUM | |
OMBAK | Ombak, bentuk permukaan air laut yang beralun-alun. Umumnya ombak terbentuk akibat daripada tiupan angin. | GEOGRAFI DAN GEOLOGI | Proses/Tindak Balas |
PARAGUAY | Paraguay ialah negara di tengah-tengah daratan yang terletak tidak jauh dari bahagian tengah Amerika Selatan, yang dikelilingi oleh tiga buah negara, iaitu Argentina, Bolivia dan Brazil. Sungai Paraguay mengalir melalui Paraguay dari utara ke selatan dan membahagikan negara tersebut kepada dua wilayah bumi yang sangat berbeza. Di sebelah barat sungai ini ialah Chaco, sebuah kawasan rata yang tidak ramai penduduknya dan terdiri daripada rumput kasar, hutan semak samun, dan rawang masin. Paraguay Timur sebaliknya mempunyai bukit-bukau yang beralun, tanah yang subur dan hutan tebal. | UMUM | |