LETUSAN GUNUNG BERAPI | Letusan gunung berapi, cara gunung berapi mengeluarkan atau meluahkan gas, lava, dan serpihan bahan pepejal ke permukaan. | GEOGRAFI DAN GEOLOGI | Proses/Tindak Balas |
GUNUNG BERAPI | | UMUM | |
KUASA GEOTERMA | Kuasa geoterma. Lihat Bekalan tenaga (kuasa geoterma); Gunung berapi (faedah gunung berapi); Kuasa elektrik (sumber-sumber lain kuasa elektrik); New Zealand (Stim panas semula jadi; gambar). | UMUM | |
PARICUTÍN | Paricutín ialah gunung berapi yang paling baharu terbentuk di Hemisfera Barat. Letaknya berhampiran bandar Uruapan di barat daya Mexico (lihat Mexico [peta fizikal]). Nama gunung berapi ini mengambil sempena nama kampung Paricutín yang musnah akibat letusan gunung berapi. | UMUM | |
MAUNA LOA | Mauna Loa ialah gunung berapi di pulau Hawaii; Amerika. Ketinggiannya 4196 meter di atas aras laut dan terletak di Taman Negara Gunung Berapi Hawaii. | UMUM | |
MONT PELÉE | Mont Pelée ialah gunung berapi yang aktif di bahagian hujung utara Martinique, di Hindia Barat Perancis. Ketinggiannya 1397 meter di atas aras laut. Mont Pelée meletup dengan kuat pada tahun 1902, selepas terpendam semenjak tahun 1851. Tanah lumpur dari letupan ini memusnahkan kawasan cerun gunung ini. Timbunan lahar setinggi 300 meter terbentuk di dalam kawahnya dan satu puncak menara batuan telah ditujah setinggi 300 meter. Satu runtuhan lahar merah, panas dan kepulan gas panas mengalir turun dan memusnahkan bandar Saint- Pierre yang lebih kurang 38 000 orang terbunuh. Hanya seorang banduan yang terperangkap di dalam bilik kurungan bawah tanah terselamat. Kini kerajaan Perancis mengendalikan sebuah balai cerap gunung berapi di atas Mont Pelée. | UMUM | |
PICHINCHA | Pichincha gunung berapi yang mempunyai kawah berkembar setinggi 4784 meter di Pergunungan Andes di bahagian tengah-utara Ecuador (lihat Ecuador [peta] ). | UMUM | |
POPOCATÉPETL | Popocatépetl ialah gunung berapi yang terletak kira-kira 64 kilometer di tenggara Mexico City. Untuk lokasinya, lihat Mexico (peta fizikal). | UMUM | |
ACONCAGUA | Aconcagua ialah gunung berapi mati dan gunung yang paling tinggi di Hemisfera Barat. Tingginya 6959 meter, dan terletak di barat tengah Argentina, dekat Chile. Pada zaman dahulu, Aconcagua mungkin 300 meter lebih tinggi daripada sekarang. Tetapi bahagian atasnya telah runtuh dan tidak ada lagi kesan kawahnya. | UMUM | |
EL MISTI | El Misti ialah sebuah gunung berapi berbentuk kon yang cantik di Selatan Peru. | UMUM | |