Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ba.nir] | بربانير

Definisi : mempunyai banir. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berbanir


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MERANTI

Meranti ialah sejenis pokok hutan yang tinggi,

besar, berdaun tunggal dan agak kecil, tetapi

bahagian hujungnya, biasanya kembang, dan

batang bawahnya berbanir. Kayu meranti

digunakan untuk membuat rumah dan bangunan.

Manakala sesetengah jenis meranti pula dapat

menghasilkan damar dan tengkawang.

UMUM 
PETAI

Petai . Pokok petai berasal dari Malaysia. Pada

masa ini pokok petai masih terdapat tumbuh liar di

hutan-hutan seluruh Malaysia. Pokok petai besar,

tingginya boleh mencapai 50 meter. Batangnya

berbanir. Bunga petai kecil berwarna putih,

tersusun padat pada jambak yang bertangkai

panjang, terjuntai di hujung ranting. Kira-kira

6 hingga 10 papan atau lenggai petai tergantung

pada pangkal jambaknya.

UMUM 
TERAP

TERAP (Artocarpus Elastica daripada famili Moraceae), sejenis pokok besar yang berbatang lurus tidak bercabang sehingga setinggi 20 m. Pokok ini berukuran melebihi 150 cm diameter, berbanir dan mencapai ketinggian sehingga 60 m.

BUDAYASumber/Bahan Alam
SIALANG

SIALANG (Koompassia excelsa (Becc.) Taub. daripada famili Leguminosae), sejenis pokok hutan yang besar dan antara yang tertinggi di Malaysia.  Nama lain bagi pokok ini ialah tualang.  Pokok ini boleh mencapai ketinggian sehingga melebihi 85 m.  Batangnya berukuran antara 1 m hingga 2.5 m diameter, berbanir tinggi dan berwarna kelabu kekuningan, berdahan banyak sehingga membentuk dom dan kadang-kadang terdapat subsilara yang juga berbentuk dom.  Daun pokok ini berwarna hijau dan biasanya luruh setahun sekali.  Pokok ini mempunyai getah yang berbisa yang boleh menyebabkan kulit gatal-gatal dan bengkak-bengkak.  Pokok ini juga amat keras kayunya tetapi dahannya rapuh dan kadang-kadang sekah dengan sendiri.

BUDAYAFlora dan Fauna

Kembali ke atas