TERAP | TERAP (Artocarpus Elastica daripada famili Moraceae), sejenis pokok besar yang berbatang lurus tidak bercabang sehingga setinggi 20 m. Pokok ini berukuran melebihi 150 cm diameter, berbanir dan mencapai ketinggian sehingga 60 m. | BUDAYA | Sumber/Bahan Alam |
RESAM | RESAM (Dicranopteris linearis daripada famili Gleicheniaceae), sejenis tumbuhan kecil yang berbatang keras dan tumbuh secara memanjat atau merayap sehingga menutup permukaan tanah dan menjadi belukar. Nama lain bagi tumbuhan ini ialah pakis andam. | BUDAYA | Sumber/Bahan Alam |
TONGKAT ALI | TONGKAT ALI (Smilacaceae iaitu Smilax calophylla Wall. ex DC, Smilax myosotiflora DC dan Simaroubaceae iaitu Eurycoma lougifolia Jack), sejenis tumbuhan renek, berbatang seperti dawai. | BUDAYA | Sumber/Bahan Alam |