Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.be.lah] | بربله

Definisi : ; ~ hati tidak tetap pendirian, tidak dapat memutuskan sesuatu; hatinya berbelah-belah = hatinya ~ balik tidak tetap pendiriannya (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.be.lah] | بربله

Definisi : 1 ada belahnya; mempunyai belah: Bajunya ~ di belakang. 2 terbagi menjadi dua: Cintanya ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berbelah

Puisi
 

Anak dara pandai bergaya,
     Kain sempit berbelah dada;
Jalannya lembut berlenggang sahaja,
     Rajin bersolek malas bekerja.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Mata satu pertemuan,
     mata dua perceraian.

Bermaksud :

Kasih yang tidak berbelah bagi akan mengekalkan kerukunan hidup suami isteri, sedangkan kasih yang berbelah bagi akan mengakibatkan perceraian.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
HIKAYAT BULAN BERBELAH

Hikayat Bulan Berbelah tergolong dalam genre sastera agama.

SASTERADrama/Filem/Teater/Persembahan
BAJU KEBAYA

BAJU KEBAYA, baju yang berlengan panjang, berpinggang dan berbelah di hadapan. Baju ini dipakai oleh wanita di Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapura. Pada asalnya baju ini direka labuh hingga ke paras lutut ataupun lebih. Kini banyak perubahan yang dilakukan ke atas potongan baju tersebut. Ada yang labuhnya hingga ke paras lutut disebut kebaya labuh dan ada yang singkat ke paras punggung sahaja, disebut kebaya pendek. Meskipun begitu, kedua-duanya mempunyai ciri yang sama. Kebaya labuh lebih sesuai dipakai dalam upacara rasmi, istiadat dan majlis kenduri kahwin sahaja, sedangkan kebaya pendek dipakai di mana-mana dan pada bila-bila masa sahaja, oleh semua peringkat umur.

BUDAYAPakaian
BAJU SIKAP

BAJU SIKAP, sejenis baju pendek pakaian lelaki, berbelah di hadapan dengan pelbagai potongan. Baju ini merupakan pakaian tradisional orang Melayu di Tanah Melayu dan Indonesia hingga tahun 1880-an. Di sesetengah tempat, baju ini disebut sebagai baju mengan, baju putera raja dan bermacam-macam lagi.

BUDAYAPakaian
CEONGSAM

Ceongsam, pakaian tradisional wanita Cina. Pakaian ini merupakan baju labuh sendat berkolar tegak, berkancing di bahagian kanan hadapan baju, berlengan panjang, pendek atau tanpa lengan, dan berbelah di kedua-dua hujung baju.

KESENIANArtifak/Mentifak
PEHIN

PEHIN, pembesar kerajaan Brunei.  Pembesar kerajaan yang dianugerahi gelaran pehin biasanya daripada golongan kaum bangsawan awang-awang.  Mereka memberi taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada sultan.  Penganugerahan gelaran pehin dibuat atas nama rakyat yang diwakili, sama ada mengikut daerah, kampung atau golongan tertentu.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIJawatan/Gelaran

Kembali ke atas