KUDA BELANG | Kuda belang ialah haiwan berbelang daripada famili kuda. Terdapat tiga spesies kuda belang iaitu kuda belang biasa, kuda belang Grevy, dan kuda belang gunung. Haiwan ini hidup berkumpulan di gurun dan padang rumput di timur dan selatan Afrika. | UMUM | |
BURUNG HOOPOE | Burung hoopoe ialah sejenis burung yang mempunyai jambul yang menonjol di atas kepalanya manakala sayap serta ekornya pula berbelang-belang. | UMUM | |
KELDAI | Keldai ialah nama yang diberi kepada keldai baka jinak. Keldai liar di utara dan timur laut Afrika adalah leluhur kepada keldai. Keldai liar kelihatan seperti kuda belang tetapi tidak berbelang, kecuali kadangkala pada kakinya. Keldai tingginya lebih kurang 1.2 meter pada paras bahu. Bulunya berwarna kelabu dengan garis lebih gelap di sepanjang belakangnya. Ciri-ciri lain haiwan ini adalah telinga yang panjang, tapak kaki yang kecil, dan bulu yang panjang di hujung ekornya. Pembiak baka terpilih menghasilkan keldai yang berbeza-beza saiz, warna dan bulunya. | UMUM | |
RINGTAIL | Ringtail yang kurus dan lincah tergolong dalam famili rakun. Haiwan ini mempunyai tubuh berbulu kelabu perang yang berukuran 30 hingga 40 sentimeter panjang. Ekornya yang gebu berukuran 35 hingga 45 sentimeter panjang dan berbelang, jalur hitam dan putih. Ia mempunyai hidung yang tajam dan telinga serta mata yang besar. | UMUM | |
OKAPI | Okapi ialah haiwan nadir yang hidup di hutan tebal di sekitar lembangan Sungai Congo di Afrika. Ia ditemui di sana oleh penjelajah Eropah pada tahun 1900. Okapi tingginya kira-kira 1.5 meter pada paras bahu. Ia berkaitan dengan zirafah, tetapi lehernya jauh lebih pendek. Badan okapi berwarna perang berangan tua, mukanya putih, pinggul dan kaki atasnya berbelang-belang putih. Okapi jantan mempunyai sepasang tanduk yang pendek dan berbulu. | UMUM | |
PUDING | Puding ialah sekumpulan pokok renek tropika, malar hijau yang tergolong dalam famili spurg e. Terdapat kira-kira 15 spesies. Puding berasal dari Asia Tenggara dan Pasifik. Ia ditanam kerana daunnya yang berwarna-warni. Daunnya sepanjang 10 sentimeter hingga 15 sentimeter, berbentuk tombak, atau terbahagi menjadi cuping. Ia mungkin berbintik-bintik, bercarik-carik atau berbelang-belang berwarna kuning, putih, hijau, samar, dan merah. Corak daunnya berbeza-beza daripada satu daun kepada daun lain pada pokok yang sama. | UMUM | |
KEDAL | KEDAL, penyakit kulit yang menyebabkan kulit itu berpecah dan berbelang putih. Kedal sering berlaku di kaki. | BUDAYA | Penyakit |
BENGKUNG | BENGKUNG, kain yang dililit di bahagian pinggang dan dipakai oleh lelaki dan wanita dengan fungsi dan tujuan yang tertentu. Bengkung bagi lelaki pada asasnya ialah ikat pinggang atau kain ikat pinggang. Pada masa itu, kain ikat pinggang merupakan sehelai kain punca potong sepanjang lebih kurang 200 cm panjang dan selebar 80 cm hingga 90 cm. Bengkung yang terbaik pada masa itu ialah kain cindai daripada sutera yang berjambul (berambu) kedua-duanya puncanya, buatan India dan coraknya berbelang-belang seperti kulit ular. Ada kalanya seseorang yang memakai bengkung disebut sebagai ‘bersayap sandang’ kerana kain ikat pinggangnya dipakai melintang pada dada untuk menusukkan pedang atau keris. | BUDAYA | Alat/Alatan |