| SUPERNOVA | Supernova ialah sebuah bintang yang meletup dan menjadi berbilion kali ganda lebih terang daripada matahari sebelum beransur-ansur lenyap. Pada tahap yang paling terang, supernova mungkin bersinar lebih terang daripada terangnya sesuatu galaksi. Letupan itu mengeluarkan kepulan debu dan gas ke angkasa lepas. Jisim bahan yang terbuang itu mungkin melebihi 10 kali ganda jisim matahari. | UMUM | |
| MOLEKUL | Molekul adalah satu daripada unit asas jirim. Molekul ialah unsur terkecil sesuatu bahan dapat dibahagikan dan masih mempunyai sifat-sifat kimia bahan asal. Jika bahan ini dibahagikan lagi, hanya atom unsur kimia yang tinggal. Contohnya, setitis air mengandungi berbilion-bilion molekul air. Jika titisan ini boleh dibahagikan sehingga hanya satu molekul air yang tinggal, titisan yang terakhir ini masih mempunyai kesemua sifat kimia air. Tetapi, jika satu molekul air ini dibahagikan, hanya atom unsur hidrogen dan oksigen yang tinggal. | UMUM | |
| KOMPUTER | Komputer ialah mesin yang dapat melakukan pengiraan dan memproses maklumat dengan kadar kelajuan yang mengagumkan dan tepat. Komputer dapat mengendalikan maklumat yang banyak dan menyelesaikan masalah yang rumit. Komputer dapat memproses beribu-ribu data dan menjadikannya maklumat yang berguna dengan cepat dan hampir tepat. Komputer yang paling berkuasa dapat melakukan berbilion pengiraan sesaat. | UMUM | |