Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.bing.kai] | بربيڠکاي

Definisi : mempunyai bingkai: pemuda yg berkaca mata putih ~ tebal; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.bing.kai] | بربيڠکاي

Definisi : diperkuat dgn bingkai pd kelilingnya; ada bingkainya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berbingkai


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
CERITA BERBINGKAI

CERITA BERBINGKAI, cerita yang mempunyai satu cerita pokok yang menjadi bingkai atau dasarnya, kemudian terdapat beberapa cerita sisipan sebagai bantuan. Cerita ini ialah hasil sastera asing yang diterjemah dan disadur ke dalam sastera Melayu. Cerita atau hikayat berbingkai ini sangat terkenal dalam kesusasteraan India, Parsi dan Arab. Mengikut R.O. Winstedt cerita tersebut telah timbul dan dikenal oleh bangsa Melayu sejak abad ke-16 lagi. Pada umumnya, cerita tersebut menggunakan bahasa Melayu yang baik. Cerita berbingkai yang terkenal dalam sastera Melayu ialah Hikayat Bayan Budiman, Hikayat Bakhtiar, Hikayat Kalilah dan Daminah, Hikayat Panca Tanderan, Hikayat Seribu Satu Malam dan Hikayat Ghulam.

SASTERAKonsep
KOMPANG

Kompang, alat muzik paluan berbentuk rebana

yang berbingkai. Alat ini dipercayai berasal dari

Timur Tengah. Ia pada mulanya digunakan oleh

saudagar Arab untuk menarik minat pembeli

dalam sesuatu pesta jualan. Apabila Islam

berkembang di Nusantara, rebana dan kompang

diperkenalkan ke dalam masyarakat melayu untuk

upacara berunsur keagamaan.

UMUM 
HIKAYAT SERIBU SATU MALAMHIKAYAT SERIBU SATU MALAM, sastera berbentuk cerita berbingkai. Hikayat ini diterjemahkan daripada sumber cerita asal dalam bahasa Arab yang berjudul Alfa Laylah wa Laylah. Cerita ini merupakan hasil kesusasteraan Arab yang paling terkenal. SASTERAKarya

Kembali ke atas