Pokok banksia ialah nama bagi kira-kira 70
jenis tumbuhan yang tumbuh di Australia dan New
Guinea. Banksia terdiri daripada pokok kecil yang
batangnya berbonggol-bonggol hinggalah kepada
pokok renek yang rimbun. Tumbuhan ini
dinamakan sempena nama ahli alamiah Inggeris,
Sir Joseph Banks.
Nulla nulla ialah perkataan Orang Asli Australia
bagi belantan dan mungkin berasal daripada salah
satu dialek daerah Sydney. Orang Asli Australia
mempunyai pelbagai jenis belantan untuk berburu
dan berlawan. Kebanyakannya diperbuat daripada
kayu yang bahagian hujungnya tajam, bulat, atau
berbonggol dan pemegangnya kira-kira satu meter
panjang, tetapi dalam sesetengah keadaan hulu
batu dilekapkan padanya. Nulla nulla sering
dilontarkan dalam permainan atau kepada pihak
musuh.
Thanks for clicking. That felt good.