PRAIRI | Prairi ialah kawasan datar atau tanah berbukit, terutamanya dilitupi oleh rumput yang tinggi. Para perintis yang mula-mula melihat prairi yang rata di Barat Tengah Amerika memerikannya sebagai “lautan rumput”. Angin bertiup lembut ke arah rumput hijau seperti permaidani itu. Di sesetengah tempat, rumput tumbuh lebih tinggi daripada orang dewasa. Kini, ladang jagung dan ladang gandum melitupi hampir sebahagian besar prairi. Tidak banyak prairi yang tidak digunakan oleh aktiviti manusia. | UMUM | |
DATARAN HAKIS | Dataran hakis, suatu ketika merupakan kawasan berbukit dan bergunung-ganang tetapi kini hampir menjadi rata akibat hakisan. Dataran hakis terbentuk di kawasan beriklim lembap. | UMUM | |
DERBYSHIRE | Derbyshire, terletak di tengah England, merupakan kaunti yang berbukit, berlurah, bertanah moor dan sungai yang mengalir deras. | UMUM | |
OTTAWA | Ottawa , Ontario ialah ibu negara Kanada. Ottawa terletak di kawasan berbukit yang beralun di tebing selatan Sungai Ottawa, kira-kira 193 kilometer di barat Montreal. Taman yang menarik, bangunan kerajaan yang mengagumkan, dan jalan raya yang mempunyai pemandangan yang cantik menambahkan lagi keindahan bandar ini. | UMUM | |
NAGALAND | Nagaland ialah negeri di timur laut India. Negeri ini terpencil dan berbukit, terletak di selatan sungai Brahmaputra dan Myanmar di bahagian timur. Pada ketika dahulu negeri ini lebih dikenali dengan suku kaumnya yang suka berperang dan pemburu kepala sehingga awal tahun 1900-an. | UMUM | |
MONGOLIA | Mongolia ialah sebuah negara yang terletak di antara China dan Rusia di timur-tengah Asia. Mongolia ialah sebuah negara berbukit bukau, tanah tinggi rata dan banjaran gunung yang tinggi meliputi kebanyakan permukaan negara itu. Gurun Gobi yang sejuk memenuhi kebanyakan bahagian tenggara Mongolia. Suhunya biasanya terlalu sejuk atau terlalu panas dan hujan turun sangat sedikit semasa ribut musim panas yang jarang berlaku. | UMUM | |
BUKIT GOLAN | Bukit Golan ialah kawasan berbukit-bukau di penjuru barat daya Syria. Cerun baratnya yang curam, menghadap ke Laut Galilee dan Sungai Jordan di Israel. | UMUM | |
SHEFFIELD | Sheffield (pend. 500 500; pend. kaw. met. 1 303 200) ialah bandar raya perindustrian di utara-tengah England. Bandar raya ini terletak di kawasan berbukit yang indah di pertemuan Sungai Don dan Sungai Sheaf (lihat England [peta politik]). Sebagai sebuah bandar raya perindustrian yang penting, Sheffield telah lama menjadi sebuah pusat untuk pengeluaran keluli, pinggan perak, dan barangan logam bermutu tinggi. Alat memotong dan kutleri, iaitu barangan perak, cerek, dan perkakas meja lain terkenal pada peringkat antarabangsa. | UMUM | |
PULAU KUNDUR | PULAU KUNDUR, pulau terbesar di Kepulauan Karimun, Indonesia. Pulau ini berbukit-bukau dan tanah-tanihnya terdiri daripada granit, pasir dan tanah liat. Walaupun terdapat bijih timah di pulau ini, jumlahnya adalah sedikit dan digunakan untuk keperluan tempatan sahaja. Penduduk pulau ini terdiri daripada bangsa Melayu, Cina dan Orang Laut. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
SEMENANJUNG BATAAN | Semenanjung Bataan menganjur ke Teluk Manila dari pantai barat daya Luzon, sebuah pulau terbesar di kepulauan Filipina. Di Semenanjung Bataan, askar-askar Amerika Syarikat dan Filipina bertahan selama tiga bulan menentang kemaraan angkatan tentera Jepun semasa Perang Dunia II. Pada akhir bulan Disember 1941, Jeneral Douglas MacArthur telah berjaya mengundurkan askar- askarnya yang bertaburan ke negeri yang berbukit- bukau ini. Sebaik sahaja kedudukan mereka di semenanjung tersebut dimantapkan, askar-askar Amerika Syarikat dan Filipina mendapati mereka telah terkepung oleh tentera Jepun dan terputus daripada sebarang bantuan. | UMUM | |