BURUNG LOCENG | Burung loceng ialah nama yang diberi kepada beberapa jenis burung yang suaranya berbunyi seperti bunyi loceng. Burung loceng putih di Amerika Selatan menyanyikan satu not yang berulang-ulang yang boleh didengar sejauh lebih daripada satu kilometer. Dari dekat, burung ini berbunyi seperti bunyi tukulan tukang besi pada andas. | UMUM | |
BURUNG WHIP | Burung whip yang namanya diambil sempena siulan yang berbunyi seperti sebatan cemeti yang dihasilkan oleh burung whip timur . Burung ini hidup di kawasan hutan hujan dan kawasan semak di pantai timur Australia. | UMUM | |
SURAH AL-KAFIRUN | Surah al-Kafirun ialah salah satu surah Makkiyyah, surah yang ke-109 mengikut susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi enam ayat. Nama surah ini diambil berdasarkan firman Allah S.W.T. yang berbunyi: “Ya Ayyuha al-Kafirun”. (Surah al-Kafirun 109:1) | UMUM | |
KILLDEER | Killdeer ialah sejenis burung rapang (burung pantai) yang terkenal, yang hidup dari selatan Kanada hingga ke Amerika Selatan. Teriakannya yang kuat lagi nyaring seolah-olah berbunyi killdeer. | UMUM | |
REBANA UBI | REBANA UBI, sejenis rebana besar iaitu alat muzik tradisi Melayu jenis gendangan yang tergolong dalam kategori membranofon. Alat ini berbunyi lantang dan dimainkan secara berkumpulan. Rebana ubi popular di kalangan masyarakat terutamanya di Kelantan. | BUDAYA | Alat/Alatan |
ADAT PERKAHWINAN SUNDA | ADAT PERKAHWINAN SUNDA, adat perkahwinan yang diamalkan oleh masyarakat Sunda di Jawa Barat, Indonesia. Orang Sunda menganggap perkahwinan adalah sesuatu yang kudus dan harus membawa kebahagiaan kepada pasangan berkenaan. Dalam budaya mereka terdapat satu ungkapan yang berbunyi ‘geus meujeuhan bemen-bemen jeung kurena’ yang menegaskan peri pentingnya seseorang yang sudah akil baligh dan mempunyai pelajaran untuk berkahwin.
| BUDAYA | Konsep |
SEPINA | Sepina ialah perintah undang-undang bertulis atau writ , untuk hadir sebagai saksi dan memberi testimoni di dalam mahkamah. Perkataan tersebut berasal daripada dua perkataan Latin, iaitu sub , yang bermakna di bawah , dan peona yang bermakna denda atau penalti . Seseorang yang menerima sepina hendaklah mematuhinya, dengan pengertian dia akan menerima penalti kerana penghinaan mahkamah. Ayat dalam bahasa Latin yang berbunyi The subpoena duces tecum (bermakna membawa bersama-sama anda dengan penalti ) menghendaki seseorang itu membawa ke mahkamah barang-barang tertentu seperti kertas, buku, rekod kewangan, atau dokumen yang lain. Lihat juga Saksi . | UMUM | |
REBANA | REBANA, alat muzik tradisi Melayu jenis gendangan yang tergolong dalam kategori membranofon (membronophone). Alat muzik ini mempunyai kerangka yang bulat yang diperbuat daripada kayu dan sebelah mukanya ditutupi oleh kulit binatang. Rebana berbunyi lantang. Ianya berfungsi untuk mengiringi persembahan tarian dan nyanyian Melayu tradisi atau sesuatu upacara perarakan rasmi. Biasanya atal muzik ini dimainkan secara berkumpulan atau berpasangan. | BUDAYA | Alat/Alatan |
DEWAN BAHASA | DEWAN BAHASA, majalah bahasa yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada tahun 1957. Keluaran sulungnya ialah pada bulan September 1957 dengan cogan kata yang berbunyi ‘Mendukung Cita-cita Bahasa Jiwa Bangsa’. Cogan kata ini selaras dengan matlamat penubuhan DBP, iaitu untuk memenuhi perjuangan dan aspirasi rakyat mendaulatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. | BAHASA | Penerbitan |
SURAH ‘ABASA | Surah ‘Abasa ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-80 mengikut susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi 42 ayat. Surah ini dinamakan ‘Abasa (memasamkan muka) berdasarkan kisah Abdullah ibn Maktum yang menemui Rasulullah s.a.w. dan bertanyakan soalan kepada Baginda, tetapi Baginda enggan melayannya kerana pada masa itu Baginda sedang menerangkan tentang Islam kepada para bangsawan Quraisy. Lalu Allah S.W.T. menurunkan ayat yang berbunyi “’abasa wa tawalla”. | UMUM | |