POKEWEED | Pokeweed ialah sejenis pokok herba saka yang tinggi dan bercabang dengan bunga hijau – keputihan dan batang berwarna merah. Ia berasal dari timur Amerika Utara, dan telah diperkenalkan ke barat Amerika Utara dan ke benua lain. Pokeweed tumbuh antara satu dan tiga meter tinggi. | UMUM | |
DURI HITAM | Duri hitam ialah pokok renek yang berduri dan bercabang-cabang, dalam famili ros. Ia dinamakan duri hitam kerana ia mempunyai kulit berwarna hitam dan untuk membezakannya daripada duri putih atau hawthorn | UMUM | |
SLO | Slo, juga dikenali sebagai blackthorn, ialah pokok renek yang berduri, bercabang yang berkaitan dengan plum. Ia tumbuh di Eropah, Asia Tengah, dan bahagian timur Amerika Utara. Bunganya berwarna putih dan buahnya kecil berwarna hitam. Buahnya kurang daripada 13 milimeter diameternya dan digunakan untuk membuat wain, jem, jeruk, dan pewarna. Gin slo adalah arak samar yang diwarnakan dan diperisakan dengan slo. Dahan slo digunakan untuk membuat tongkat dan pemegang alat. | UMUM | |
PRATINKOL | Pratinkol ialah nama yang diberi kepada 16 spesies burung yang bersayap panjang tirus dan ekornya bercabang. Pratinkol terdapat di selatan Eropah, Afrika dan Asia. Ia hidup di kawasan rata, terdedah, kontang dan juga dekat air tawar. Pratinkol terbang laju dan lincah. Ia memakan serangga besar yang ditangkap semasa terbang atau di atas tanah. | UMUM | |
AKAR BAHAR | Akar bahar ialah karang berwarna-warni berbentuk pipih bak kipas. Ia mempunyai rangka yang kuat dan fleksibel yang bercabang untuk membentuk selirat. Akar bahar sebenarnya terdiri daripada koloni haiwan karang individu yang dikenali sebagai polip. Polip ini tumbuh daripada tisu lembut yang meliputi rangka. Akar bahar biasa terdapat di terumbu dan perairan cetek di sepanjang pantai Florida, Amerika Syarikat dan Hindia Barat. Ia sering berwarna merah, kuning, jingga, atau ungu terang. | UMUM | Umum |
MAYFLY | Mayfly ialah serangga yang kecil molek, bersayap bercorak renda dan berekor panjang bercabang yang meleret semasa terbang. | UMUM | |
KARANG | Karang ialah bentukan batu kapur yang terbentuk di laut oleh berjuta-juta haiwan halus. Bentukan karang mungkin kelihatan seperti pokok bercabang, kubah besar, kerak kecil yang tidak malar, atau seperti paip organ yang halus. | UMUM | |
SISKIN | Siskin ialah burung kecil kira-kira 11 sentimeter panjangnya. Siskin ialah anggota famili burung cakar. Burung ini mempunyai paruh yang runcing dan ekor yang pendek, bercabang. Siskin jantan mempunyai bulu berjalur kuning-hijau; siskin betina pula mempunyai warna yang lebih pucat dan lebih banyak kelabu. | UMUM | |
SERAMPANG | SERAMPANG, senjata panjang seperti tombak dan lembing yang dilontar. Bagaimanapun mata serampang bercabang dua atau pun bercabang tiga (bentuk trisula). Matanya dipasang pada sebatang kayu yang bulat, lurus dan ringan. Jenis kayu ini tidak mudah patah apabila dilontarkan pada sasarannya. | BUDAYA | Alat/Alatan |
SOW THISTLE | Sow thistle ialah nama bagi sekumpulan rumpai yang tumbuh liar di Eropah. Sow thistle tahunan tumbuh dari 60 sentimeter hingga 90 sentimeter tingginya dan mempunyai batang bercabang. Ia mengandungi jus seperti susu, dan kuntum bunganya mempunyai gugusan bunga kecil bak dandelian berwarna kuning pucat. Sow thistle saka mempunyai bunga berwarna kuning pekat. | UMUM | |