KEBEBASAN BERCAKAP | Kebebasan bercakap ialah hak untuk berucap di tempat terbuka atau di tempat tertutup. Istilah ini merangkumi semua bentuk ungkapan, termasuk buku, akhbar, majalah, radio, televisyen, dan filem. | UMUM | |
SENI PIDATO | Seni pidato ialah seni kemahiran bercakap. Ia juga dikenali sebagai retorik . Pemidato ialah penutur yang cuba mempengaruhi pendengar dengan ucapan yang petah. Pemidato mengikut peraturan seni berpidato. | UMUM | |
PERTUTURAN | Pertuturan mempunyai beberapa definisi. Pertuturan boleh bermaksud bercakap, hasil daripada percakapan, atau apa yang dicakapkan, bahasa sesuatu negara atau sekumpulan negara, ataupun dialek tersendiri sesuatu wilayah atau tempat. | UMUM | |
ARACHNE | Arachne ialah seorang penenun yang mahir dalam mitologi Yunani. Dia suka bercakap besar bahawa dia boleh menenun kain yang lebih cantik daripada yang ditenun oleh Athena, dewi seni dan kraf tangan. Athena menerima cabaran Arachne untuk menyertai pertandingan menenun. Athena menenun dewangga yang menggambarkan manusia dihukum oleh dewa kerana keangkuhan mereka. Karya Arachne menunjukkan kelakuan tidak senonoh dewa dan dewi. Apabila Athena melihat karya Arachne secantik karyanya, dia pun mengoyakkan kain itu. Apabila Arachne cuba menggantung dirinya, Athena berasa kasihan lalu menukarkannya menjadi seekor lelabah. Kemahiran Arachne masih bertahan dalam memintal sarang oleh lelabah. | UMUM | |
SUMPAH BOHONG | Sumpah bohong ialah jenayah apabila seseorang itu bersumpah atau mengaku untuk bercakap benar dalam mahkamah undang-undang atau dalam prosiding pentadbiran atau perundangan, tetapi kemudian secara sengaja berbohong. Di kebanyakan negara, berbohong dianggap sumpah bohong hanya apabila ia mempunyai kesan langsung terhadap sesuatu isu yang dihadapkan ke mahkamah, tribunal atau badan perundangan. Penyataan silap yang tidak disengajakan tidak dianggap sumpah bohong. | UMUM | |
STEWART, JAMES | Stewart, James (1908–1997) ialah pelakon Amerika yang tinggi lampai dan mempunyai gaya bercakap yang lambat. Stewart telah muncul dalam lebih 70 buah filem. Dia menjadi terkenal kerana peranannya sebagai seorang rakyat Amerika kelas pertengahan yang jujur serta berani menghadapi krisis. | UMUM | |
MEGAFON | Megafon ialah peranti berongga, berbentuk konyang digunakan untuk menjadikan suara lebih kuat. Seseorang yang menggunakan megafon akan bercakap atau menjerit ke dalam bukaan kecil di satu hujungnya. Suara orang itu keluar dari hujung satu lagi yang lebih besar. Megafon menjadikan suara lebih kuat kerana gelombang bunyi dihalakan dalam satu arah. Megafon panjangnya mungkin sehingga 60 sentimeter atau lebih. Pembesar suara mudah alih yang menggunakan kuasa bateri, dikenali sebagai bullhorn, sering digunakan sebagai ganti megafon. | UMUM | |
ROBEY, SIR GEORGE | Robey, Sir George (1869–1964) ialah salah seorang bintang muzik dewan Inggeris. Dia terkenal dengan kepetahan bercakap, kata bernas dan lucu yang diucapkan tanpa sebarang persediaan, nyanyian dan sketsa watak seperti “The Prehistoric Man”. Semasa Perang Dunia I (1914– 1918), dia mengambil peranan dalam pusparagam The Bing Boys Are Here, yang termasuklah lagu “If You Were the Only Girl in the World “. | UMUM | |
DONGENG | Dongeng ialah cereka rekaan yang mengajar tentang moral. Dalam kebanyakan dongeng, satu atau lebih watak utama merupakan haiwan, pokok, atau benda yang bercakap dan bertindak seperti manusia. Dongeng boleh disampaikan sama ada dalam bentuk prosa ataupun puisi. Dalam kebanyakan dongeng, pengajarannya disimpulkan pada penghujung cerita dalam bentuk bidalan. | UMUM | |
BURUNG FRIGAT | Burung frigat ialah burung laut yang mempunyai sayap yang terkembang luas dan mempunyai keupayaan untuk terbang yang luar biasa. Manusia kadangkala bercakap mengenainya sebagai burung laut yang paling lembut. | UMUM | |