PENGIONAN | Proses pembentukan spesi bercas yang dikenali sebagai ion. Spesi bercas positif (atau kation) dan bercas negatif (atau anion), masing-masing terbentuk apabila atom atau kumpulan kehilangan dan menerima satu atau lebih elektron. | KIMIA | Proses/Tindak Balas |
MEDAN ELEKTRIK | Medan elektrik wujud dalam ruang di sekeliling jasad bercas dan boleh dikesan melalui kesannya ke atas jasad bercas yang lain dalam medan itu. | UMUM | |
PROTON | Proton ialah zarah subatom yang bercas positif. Satu proton membentuk nukleus atom hidrogen biasa. Proton, berserta lain-lain zarah subatom yang dikenali sebagai neutron , membentuk nukleus semua atom lain (liha t Neutr on). Semua atom yang sama unsur kimianya mempunyai bilangan proton yang sama. Bilangan proton dalam atom dikenali sebagai nombor atom unsur. | UMUM | |
ELEKTRON | Elektron ialah zarah subatom bercas negatif. Model atom yang berguna menunjukkannya sebagai nukleus halus yang dikelilingi oleh elektron. | UMUM | |
ZARAH ALFA | Zarah alfa ialah zarah tenaga tinggi, bercas positif yang dikeluarkan oleh nukleus atom radioaktif apabila ia mengalami transformasi nuklear. | UMUM | |
SIKLOTRON | Siklotron ialah mesin yang memecut zarah atom bercas elektrik kepada tenaga tinggi. Ia adalah sejenis pemecut zarah yang menjadikan zarah bergerak berkeliling. Siklotron memecut zarah yang berbeza-beza jisimnya daripada proton hingga kepada nukleus berat. Kebanyakan zarah mencapai tenaga dari 10 juta hingga 50 juta elektron volt. Malah, beberapa zarah mencapai tenaga yang lebih tinggi. | UMUM | |
FIZIK ATOM | Secara elektrik atom adalah nuetral. Ia berbentuk sfera dan terdiri daripada nukleus yang bercas positif ... | FIZIK | Konsep |
PLASMA | Plasma dalam fizik, ialah satu bentuk jirim yang terdiri daripada zarah atom yang bercas elektrik. Matahari dan bintang-bintang lain, serta kebanyakan objek lain di angkasa terdiri daripada plasma. Petir juga terdiri daripada plasma. | UMUM | |
KEBUK AWAN WILSON | Kebuk awan Wilson ialah alat yang menjadikan laluan zarah subatom yang bercas elektrik boleh dilihat. Ahli sains memeriksa laluan ini untuk menentukan cas, jisim dan halaju zarah. | UMUM | |
NITRIT | Nitrit ialah sebahagian anion nitrit (NO 2 –) dan sesetengah unsur lain. Anion ialah ion bercas negatif. Nitrit tak organik adalah stabil dan larut dalam air. Kebanyakan nitrit organik dibuat daripada alkohol. Ia adalah tidak stabil apabila berada dalam asid, tetapi ia berada dengan stabil dalam larutan neutral dan beralkali lemah. | UMUM | |