Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.da.gang] | برداݢڠ

Definisi : 1. menjalankan perniagaan bia­sa­nya di tempat asing atau dgn pembeli atau penjual dr tempat (negeri) asing, berniaga, berjual beli: mereka ~ kain dan menjadi tukang jahit; dia memperoleh banyak ke­untungan dgn ~; 2. = ~ diri hidup (tinggal, diam) di negeri orang, merantau ke tempat (ke negeri) lain: sungguh-sungguh tidak disangka orang luar yg datang ~ ini menghitamkan kampung yg putih bersih itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.da.gang] | برداݢڠ

Definisi : 1 menjalankan perniagaan; berniaga. 2 = ~ diri merantau atau mengembara ke negeri lain: Dia cuma ~ di sini. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berdagang

Puisi
 

Anak saudagar pergi berdagang,
     Tumpang belayar perahu Melayu;
Kapal belayar muatan kurang,
     Kena gelombang tenggelam lalu.


Lihat selanjutnya...(17)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KAPAL CARAVEL

Kapal caravel ialah sejenis kapal yang digunakan

untuk berdagang di Laut Mediterranean dari tahun

1300-an hingga tahun 1600-an

UMUM 
ORANG KIWI

ORANG KIWI, pedagang antarabangsa yang giat berdagang pada zaman Kesultanan Melayu Melaka (1400 – 1511). Mereka adalah pedagang yang kaya-kaya dan dipercayai mempunyai kapal-kapal perdagangan yang besar. Kapal mereka boleh belayar mengharungi Laut China Selatan, Lautan Hindi, Laut Arab, perairan Melaka dan Kepulauan Melayu.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBangsa/Suku/Kaum
PULAU MANUS

Pulau Manus merupakan pulau terbesar dalam

kelompok Admiralti Papua New Guinea.

Keluasannya ialah 1890 kilometer persegi. Pulau ini

bergunung-ganang dan berhutan tebal. Hanya

sebahagian kecil kawasan di sepanjang pantai dan

di bahagian hujung timur yang boleh digunakan

untuk pertanian. Terdapat lebih kurang 20 000

penduduk tinggal di Pulau Manus dan pulau-pulau

di sekelilingnya. Kebanyakan penduduk pulau ini

ialah orang Melanesia yang merupakan nelayan

yang mahir dan berdagang dengan penduduk

yang tinggal di pulau-pulau berdekatan. Hasil

tanaman penduduk pulau ini ialah taro, keladi,

nanas, pisang, dan sagu.

UMUM 
TUN JANA KHATIBTUN JANA KHATIB ( ? - ? ), tokoh dalam Sejarah Melayu.  Peninggalan asalnya ialah Tun Jana Khatib.  Dia adalah seorang ulama yang berasal dari tanah Arab dan telah datang ke Pasai bersama-sama tiga orang sahabatnya untuk berdagang dan menjalankan dakwah Islamiah.  Dia kemudiannya pergi ke Singapura yang pada ketika itu diperintah oleh Raja Paduka Seri Maharaja.SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
ISLAM DI JAWA

ISLAM DI JAWA, perkembangan agam Islam di Jawa yang mula bertapak di beberapa bandar pesisir utara sejak abad ke-11. Agama Islam dibawa oleh para pedagang Islam yang berdagang di pelabuhan seperti Gresik, Jepara, dan lainnya. Dari sana, agama Islam disebarkan kepada penduduk Jawa. Seterusnya, ‘pusat pendidikan agama’ dan pesantren didirikan oleh penduduk tempatan. Selanjutnya, agama Islam disebarkan melalui pusat pendidikan agama dan pesantren. Antara pemimpin di Jawa yang telah menerima dan mengembangkan agama Islam termasuklah Raden Patah (Raja Islam pertama di Jawa), Sunan Gunung Jati (Sultan Cirebon pertama) dan Maulana Hasanudin (Raja Banten pertama).

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep
KAIN DAGANG LUAR

KAIN DAGANG LUAR, kain sarung yang dipakai di luar baju atau diselempangkan di atas bahu. Di Johor, kain dagang luar dikatakan dipengaruhi oleh orang Bugis yang berdagang menggunakan perahu dari satu tempat ke tempat lain. Kain sarung yang dipakai sebagai kain dagang luar ini dijadikan bekas mengisi barang-barang keperluan seperti pakaian, sayuran, buah-buahan dan lain-lain.

BUDAYAKraf Tangan
ORANG DAGANG

ORANG DAGANG, satu istilah yang merujuk kepada orang luar. Dalam konteks masyarakat Melayu, orang luar ini biasanya mereka yang datang merantau dari daerah atau negeri di tanah seberang Kepulauan Melayu ke Semenanjung Tanah Melayu dengan tujuan tertentu. Kedatangan mereka biasanya adalah, sama ada untuk tujuan meneroka, berdagang, mencari kehidupan baharu, menuntut ilmu atau melarikan diri atas sebab-sebab tertentu dari tempat asalnya untuk tinggal menetap di kawasan baharu.

BUDAYABangsa/Suku/Kaum
MAKASAR

MAKASAR, pelabuhan terkenal pada abad ke-16. Makasar terletak di hujung barat daya Pulau Sulawesi Indonesia. Pada tahun 1525, pelabuhan Makasar dikunjungi oleh Portugis yang berminat dalam perdagangan rempah di Indonesia Timur. Selepas kejatuhan Melaka ke tangan Portugis, ramai pedagang Melayu khususnya dari Pahang dan Johor, telah belayar untuk berdagang dan mencari suaka di Makasar. Kehadiran para pedagang Melayu ini memungkinkan orang Makasar menguasai perdagangan di beberapa pelabuhan seperti Bantaeng, Bira dan Selayar yang menjadi saingan Makasar.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
TUK PULAU MANISTUK PULAU MANIS (  ? - ? ), ulama.  Nama sebenarnya ialah Syekh Abdul Malek bin Abdullah.  Dia lahir pada sekitar tahun 1050-an atau 1060-an H. di Kampung Pauh, Hulu Terengganu.  Dia berasal dari Yaman atau Hadramaut.  Semasa remaja, dia sering mengikut bapa saudaranya berdagang dan belajar di serata ceruk rantau di samping berdakwah.SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
TUN MAI ULAT BULUTUN MAI ULAT BULU ( ? - ? ), salah satu watak dalam Sejarah Melayu.  Nama sebenar Tun Mai Ulat Bulu ialah Tun Mayuddin.  Dia adalah anak Tun Zainal dan cucu kepada Bendahara Paduka Raja Tun Perak.  Tun Mai Ulat Bulu berani berdebat dengan gurunya kerana mempertahankan kewibawaan bahasa Melayu.  Dia telah berusaha memperdalami ilmu agama dan bahasa Arab dengan berguru kepada Makhdum Sadar Jahan, seorang mualim dan pendeta dari Jeddah yang telah datang ke Melaka untuk berdagang sambil berdakwah.SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
12

Kembali ke atas