Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.da.han] | برداهن

Definisi : mempunyai dahan atau sudah tumbuh dahannya: pokok yg ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.da.han] | برداهن

Definisi : 1 ada dahannya. 2 sudah tumbuh dahannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berdahan

Puisi
 

Hilir mudik batang berdahan,
     Batang mengkudu pecah uratnya;
Haus lapar dapat kutahan,
     Hati rindu apa ubatnya?


Lihat selanjutnya...(10)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
POKOK KELAPA

Pokok kelapa ialah pokok tinggi meliuk, yang

mengeluarkan buah kelapa. Ia mungkin berasal

dari Asia Tenggara dan Kepulauan Melanesia di

Lautan Pasifik. Tetapi ia telah diperkenalkan ke

semua bahagian tropika dan subtropika di dunia.

Pokok kelapa tingginya dari 12 meter hingga 30

meter. Daunnya besar bak bulu pelepah

mengembang dari puncak batangnya yang tidak

berdahan.

UMUM 
SIALANG

SIALANG (Koompassia excelsa (Becc.) Taub. daripada famili Leguminosae), sejenis pokok hutan yang besar dan antara yang tertinggi di Malaysia.  Nama lain bagi pokok ini ialah tualang.  Pokok ini boleh mencapai ketinggian sehingga melebihi 85 m.  Batangnya berukuran antara 1 m hingga 2.5 m diameter, berbanir tinggi dan berwarna kelabu kekuningan, berdahan banyak sehingga membentuk dom dan kadang-kadang terdapat subsilara yang juga berbentuk dom.  Daun pokok ini berwarna hijau dan biasanya luruh setahun sekali.  Pokok ini mempunyai getah yang berbisa yang boleh menyebabkan kulit gatal-gatal dan bengkak-bengkak.  Pokok ini juga amat keras kayunya tetapi dahannya rapuh dan kadang-kadang sekah dengan sendiri.

BUDAYAFlora dan Fauna

Kembali ke atas