Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.dua.dua] | بردوا -دوا

Definisi : ® dua-dua; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.dua.dua] | بردوا -دوا

Definisi : tiap-tiap kali dua (orang dll), dlm kelompok-kelompok dua: ia duduk di atas kerusi dikipas ~ orang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.dua.dua] | بردوا -دوا

Definisi : tiap-tiap kali dua; dlm kelompok dua-dua: Mereka masuk ke bilik darjah ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berdua-dua

Puisi
 

Ikan gelama dimasak tumis,
     Mari dimakan berdua-dua;
Kucing tertawa ayam menangis,
     Sebab bercinta si bujang tua.


Lihat selanjutnya...(18)
Peribahasa

Berdua terkunci,
     bertiga terbuka.

Bermaksud :

Rahsia hanya dapat disimpan di antara dua orang saja.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
DAMON DAN PYTHIAS

Damon dan Pythias ialah dua orang muda

bangsawan dalam legenda Yunani. Persahabatan

dan sifat setiakawan menyebabkan mereka

berdua ini sangat terkenal.

UMUM 
SMITH

Smith ialah nama keluarga dua bersaudara

Australia yang membuat penerbangan pertama

antara United Kingdom (UK) dengan Australia. Pada

tahun 1919, kerajaan persekutuan Australia

menawarkan hadiah kepada rakyat Australia yang

berjaya terbang dari United Kingdom ke Australia

dalam 30 hari. Kedua-dua bersaudara itu, bersamasama

James Bennett dan Wallace Shiers,

menerbangkan pesawat pengebom Vimy Vickers

dari United Kingdom ke Australia dalam masa 28

hari. Hanya mereka berdua berjaya melengkapkan

penerbangan dalam masa yang ditetapkan. Keduadua

bersaudara itu dikurniakan darjah kesateria

kerana kejayaan mereka.

UMUM 

Kembali ke atas