Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.du.ka.ci.ta] | بردوکاچيتا

Definisi : berasa sedih atau susah hati, berduka: dia sangat ~ atas kematian tu­nangannya; turut (ikut) ~ sama (turut) bersedih; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.du.ka.ci.ta] | بردوکاچيتا

Definisi : berasa sedih atau susah hati: Dia sangat ~ atas kematian adik kesayangannya itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berdukacita

Peribahasa

Macam terambil di nan kurang.

Bermaksud :

Berdukacita tanpa sesuatu sebab. di nan = pada yang.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
NIOBE

Niobe ialah permaisuri dalam mitologi Yunani yang

terkenal kerana perkabungannya yang abadi atas

kematian anak-anaknya. Niobe adalah anak Raja

Tantalus dan Permaisuri Dione, dan berkahwin

dengan Amphion, Raja Thebes. Dia bermegah

mengatakan disebabkan enam atau tujuh anak

lelakinya yang gagah dan enam atau tujuh anak

perempuan yang cantik-cantik, dia berhak

dimuliakan lebih daripada dewi Leto, yang hanya

mempunyai dua orang anak, Apollo dan Artemis.

Leto yang marah memerintahkan Apollo dan Artemis

membunuh anak-anak Niobe menggunakan panah.

Niobe sangat berdukacita dan menangisi kematian

anak-anaknya tanpa henti. Dewa yang kasihan

dengan keadaannya telah menukarkannya menjadi

batu yang mengeluarkan air seperti air mata.

Menurut sejarah, batu yang mempunyai air terjun di

bawahnya terletak di Gunung Sipylon di tempat yang

kini ialah Turki.

UMUM 

Kembali ke atas