RENANG SELAT | Renang selat secara amnya merujuk kepada berenang untuk menyeberangi Selat Inggeris. Perenang-perenang jarak jauh dunia menganggap acara renang ini sebagai salah satu cabaran yang paling besar bagi kerjaya mereka. Dalam beberapa tahun, seramai 50 orang mencuba untuk menyeberanginya. Lima daripada enam percubaan itu gagal. Hari ini, kebanyakan perenang yang berjaya berenang menyeberanginya dengan teknik yang lebih baik, dalam masa separuh daripada yang diambil oleh perenang selat yang pertama, iaitu Matthew Webb yang merenanginya pada tahun 1875. | UMUM | |
MENYELAM | Menyelam ialah aktiviti berenang di bawah permukaan air sambil menahan nafas atau bernafas menggunakan tangki udara termampat. Istilah ini umumnya merujuk kepada selam tahan nafas , iaitu bentuk menyelam yang paling tua dan paling ringkas. Menyelam dengan menggunakan bantuan tangki udara dikenali sebagai selam skuba . | UMUM | |
SUKAN AIR | Sukan air lihat Berenang; Bermain ski; Luncur air; Memancing; Menyelam. | UMUM | |
KESELAMATAN DI AIR | Keselamatan di air lihat Berenang; Keselamatan. | UMUM | |
AMBERJACK | Amberjack ialah ikan buruan yang besar, berenang laju yang terdapat di lautan panas dan tropika. Mereka yang memancing untuk sukan menghargai amberjack kerana kebolehannya melawan dengan garang apabila termakan umpan. | UMUM | |
BURUNG LOON | Burung loon ialah sejenis burung air yang berbadan menarik untuk berenang dan menyelam. Burung loon mempunyai ekor yang pendek dan kaki berselaput kulit, dan kelihatan seperti itik besar ketika terapung-apung di atas air. | UMUM | |
EDERLE, GERTRUDE CAROLINE | Ederle, Gertrude Caroline (1906-2003) iaIah perenang terkenal Amerika dan perenang wanita pertama berenang menyeberangi Selat Inggeris. | UMUM | |
ANABLEP | Anablep, juga dikenali sebagai ikan bermata empat, ialah ikan tropika kecil Amerika yang berenang di permukaan air. Matanya mencari arah perjalanan di dalam air. Sebahagian atas matanya boleh melihat menembusi air. Bahagian bawah matanya, yang berbeza strukturnya, boleh melihat di bawah air. | UMUM | |
DIPPER | Dipper ialah burung kecil bak burung thrush seperti burung murai yang terbang menjunam ke dalam air dan berenang untuk mencari serangga. Nama dipper mungkin berasal daripada tabiat burung ini suka mencelup-celupkan kepalanya sambil bertenggek di atas batu di tengah-tengah anak sungai. | UMUM | |
MACKEREL | Mackerel ialah nama beberapa spesies ikan yang boleh dimakan yang ada kaitannya dengan tuna. Semua jenis mackerel kuat berenang. Mackerel mempunyai isi yang gelap dan berminyak. Ikan ini banyak ditangkap untuk makanan. Kebanyakannya ditinkan dan yang lainnya dimakan sebagai ikan segar. | UMUM | |