PERUBATAN PSIKOSOMATIK | Perubatan psikosomatik ialah penggunaan kaedah dan prinsip psikologi untuk merawat penyakit jasmani . Istilah ini diambil daripada perkataan Yunani psyche, yang bererti minda , dan soma yang bererti tubuh. | UMUM | |
PROFILAKSIS | Profilaksis bererti sebarang rawatan yang melindungi seseorang daripada penyakit. Profilaksis juga dikenali sebagai rawatan pencegahan . Rawatan ini berlainan daripada rawatan pembaikan atau rawatan penyembuhan , yang diberikan apabila pesakit sudah pun menghidap penyakit ataupun dalam keadaan tidak sihat. | UMUM | |
ILMU SARAF | Ilmu saraf, bererti perubahan atau pertukaran. Perkataan ini diambil sebagai satu istilah yang bermaksud satu sistem penukaran perkataan, luaran atau dalaman, tetapi tidak melibatkan penukaran pada baris perkataan. | UMUM | Umum |
MENCARI GALI | Mencari gali bererti mencari mendapan mineral yang berharga. Pencari gali telah menjumpai simpanan batu arang, petroleum, uranium dan bahan-bahan bakar lain, yang amat penting kepada industri. Mereka juga telah menjumpai longgokan kuprum, berlian, emas, besi dan beberapa mineral penting yang lain. | UMUM | |
MEGHALAYA | Meghalaya ialah negeri kecil di utara India. Meghalaya bererti rumah awan. Cerun yang menghala ke selatan serta menghadap ke Bangladesh mendapat lebih banyak hujan dalam setahun daripada mana-mana tempat lain di dunia. | UMUM | |
PAMPA | Pampa ialah perkataan Sepanyol yang bererti dataran. | UMUM | |
MAJAZ, AL- | Majaz, al- dalam ilmu Balaghah bererti memaksudkan makna lain yang berlainan daripada makna asal yang sebenar. Perkataan al- Majaz dibentuk daripada akar kata bahasa Arab Jaza – Yajuzu yang bermakna melampaui. Apabila istilah al-Majaz digunakan terhadap perkataan, maka bermaksud melampaui makna yang telah disepakati oleh ahli bahasa terhadap satu perkataan. Ertinya makna perkataan itu melampaui makna yang sebenar (Metafora). | UMUM | |
TAJWID | Perkataan tajwid dari sudut bahasa ialah kata terbitan dari kata kerja yang bererti memperelok. | AGAMA | Konsep |
ALLAHABAD | Allahabad merupakan salah satu bandar suci di India, nama tersebut bererti “bandar tuhan”. | UMUM | Umum |
AULD LANG SYNE | Auld lang syne ialah dialek orang Scotland yang bererti old long since (sejak lama dahulu) atau hari telah berlalu. Perkataan ini menjadi judul sebuah lagu yang digemari oleh semua orang yang dapat bertutur dalam bahasa Inggeris. Robert Burns menyatakan bahawa dia mencatat perkataan ini apabila mendengar seorang lelaki tua menyanyikannya akan tetapi orang menganggap Burns yang mencipta kata-kata tersebut. Lagu ini dinyanyikan dengan melodi Scotland lama. Ia adalah lagu tradisi untuk menyambut ketibaan Tahun Baru, terutama di Scotland. Lihat juga Burns, Robert. | UMUM | |