Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.fal.sa.fah] | برفلسفه

Definisi : memikirkan secara mendalam tentang sesuatu: sekarang ia pandai ~ dan berbicara tentang manusia dan kemanusiaan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.fal.sa.fah] | برفلسفه

Definisi : 1 berfikir secara mendalam ttg sesuatu. 2 mengemukakan atau memperkatakan sesuatu falsafah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berfalsafah


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TAMAYO, RUFINO

Tamayo, Rufino (1899–1991) ialah pelukis

Mexico yang penting. Dia dikenali kerana caranya

melukis bentuk manusia, haiwan dan alam benda

yang berani dan berwarna terang. Tamayo melukis

dengan cara separa abstrak, dengan mengherot-benyotkan

bentuk supaya kelihatan penuh perasaan.

Lukisannya menggambarkan pengaruh budaya

rakyat, sejarah dan landskap Mexico. Berbeza

dengan pelukis-pelukis terkenal Mexico yang lain

yang seangkatan dengannya, Tamayo jarang

menekankan nasionalisme atau ideologi politik.

Tamayo lahir di Oaxaca, Mexico. Semasa awal

tahun 1920-an, dia bekerja melakar arca purba

Orang Asli Amerika untuk National Museum of

Anthropology di Mexico City. Pada tahun 1930-an

dan awal tahun 1940-an, gayanya telah bertukar

kerana dipengaruhi oleh pendedahannya kepada

hasil kerja pelukis moden dari Eropah, seperti

Georges Braque, Joan Miró dan Pablo Picasso.

Bermula pada tahun 1970, lukisan Tamayo menjadi

lebih abstrak dan berfalsafah, dan sering meneroka

hubungan manusia dengan alam semesta.

UMUM 

Kembali ke atas