NABI IDRIS A.S. | Nabi Idris a.s. ialah salah seorang daripada nabi yang diutuskan oleh Allah SWT. Nama Nabi Idris disebut di dalam al-Qur’an sebanyak dua kali. Allah SWT berfirman di dalam al-Qur’an yang bermaksud: “ Dan bacakanlah (Wahai Muhammad) di dalam kitab (al-Qur’an) ini perihal Nabi Idris, sesungguhnya adalah dia amat benar (tutur katanya dan imannya) serta dia seorang Nabi. Dan Kami telah mengangkatnya ke tempat yang tinggi darjatnya”. (Surah Maryam 19:56–57) Allah SWT berfirman lagi yang bermaksud: “ Dan (demikianlah pula) nabi-nabi Ismail, Idris dan Dhulkifli semuanya adalah dari orang-orang yang sabar”. (Surah al-Anbiya’ 21:85) | UMUM | |
MILKUL YAMIN | Milkul Yamin merupakan istilah yang ditujukan kepada perempuan kafir dan musyrik yang menjadi tawanan tentera Islam. Istilah ini ada disebut dalam al-Qur’an pada beberapa ayat seperti dalam surah al-Mu’minun, Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu mereka yang khusyuk di dalam sembahyangnya. Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia. Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya. Dan mereka yang menjaga kehormatannya. Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya, maka sesungguhnya mereka tidak tercela, kemudian sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas”. (Surah al-Mu’minun 23:1–7) | UMUM | |
NABI ISHAQ A.S. | Nabi Ishaq a.s. Nama baginda ialah Ishaq ibn Ibrahim a.s. Ibu baginda bernama Sarah. Nabi Ishaq a.s. adalah anak kedua Nabi Ibrahim a.s. Berita gembira tentang kelahirannya dibawa oleh malaikat. Allah SWT berfirman mengenai Nabi Ibrahim a.s. yang bermaksud: “Maka apabila dia berhijrah meninggalkan mereka dan apa yang mereka sembah selain daripada Allah SWT, Kami kurniakan kepadanya, Ishaq (anaknya) dan Ya’kub (cucunya) dan kedua-duanya Kami jadikan berpangkat Nabi”. (Surah Maryam 19:49) | UMUM | |
MUHAJIRIN | Muhajirin ialah nama yang diberikan kepada sekumpulan sahabat Rasulullah s.a.w. yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya lebih dahulu daripada orang lain. Mereka berhijrah meninggalkan keluarga, rumah, tanah air dan harta benda semata-mata untuk menegakkan kalimah Allah dan mengembangkan agama-Nya. Allah berfirman yang bermaksud: “Dan orang-orang yang terdahulu yang mula-mula (berhijrah dan memberi bantuan) dari orang-orang Muhajirin dan Ansar”. (Surah al-Tawbah 9:100) | UMUM | |
SURAH AL-INSHIRAH | Surah al-Inshirah ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-94 mengikut susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi lapan ayat. Surah ini dinamakan al-Inshirah (perihal melapangkan dada Nabi) kerana dalam ayat pertamanya Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: “Bukankah Kami telah lapangkan dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayah petunjuk)?” (Surah al-Inshirah 94:1) | UMUM | |
NABI IBRAHIM A.S. | Nabi Ibrahim a.s. ialah anak kepada Azar. Al- Qur’an tidak menyebut nasab Nabi Ibrahim a.s. lebih daripada ini. Tetapi kitab suci lain menyebut nasabnya seperti yang berikut: Tarikh ibn Nahur ibn Sarugh ibn Arghu ibn Paligh ibn Abir ibn Shalikh ibn Qaynan ibn Arfakhshad ibn Sam ibn Nuh. Nabi Ibrahim bergelar ketua para nabi dan bapa para nabi, kerana bermula daripadanya, lahir para nabi lain. Allah SWT berfirman yang bermaksud: “ Dan Kami kurniakan kepadanya: Ishaq (anaknya) dan Ya’kub (cucunya), dan Kami jadikan dalam kalangan keturunannya orang-orang yang berpangkat nabi dan menerima kitab-kitab agama, dan Kami berikan balasannya yang baik di dunia; dan sesungguhnya adalah dia, pada hari akhirat dari orang-orang yang salih”. (Surah al-‘Ankabut 29:27) | UMUM | |