STUDEBAKER | Studebaker ialah nama sebuah keluarga Amerika yang masyhur sebagai pembuat kereta kuda dan kenderaan-kenderaan lain. Syarikatnya, iaitu Studebaker Corporation bergabung dengan Packard Motors, Inc. pada tahun 1954. Pada tahun 1966, firmanya berhenti daripada membuat kereta. Ia meneruskan kegiatan membuat bahagian kereta dan produk-produk lain. Pada tahun 1967, ia bergabung dengan Worthington Corporation untuk membentuk Studebaker–Worthington, Inc. | UMUM | |
PERLEMBAGAAN AUSTRALIA | Perlembagaan Australia diisytiharkan pada 1 Januari 1901 apabila keenam-enam koloni yang berasingan bergabung bagi membentuk Komanwel Australia. Lihat Perlembagaan; Persekutuan Australia. | UMUM | |
ANZAC | Anzac, Kor Tentera Australia dan New Zealand, adalah angkatan tentera sukarela Australia dan New Zealand yang bergabung. Kor ini ditubuhkan di Mesir semasa Perang Dunia I (1914–1918). Angkatan ini yang terdiri daripada 30 000 orang tentera berserta dengan tentera Berikat terlibat dalam pendaratan di Semenanjung Gallipoli pada 25 April 1915. Semasa lapan bulan yang berikutnya, tentera Australia dan New Zealand memperoleh reputasi kerana keberanian dan kemahiran berjuang menentang tentera Turki di semenanjung itu. | UMUM | |
ASHDOWN, PADDY | Ashdown, Paddy (1941– ), menjadi pemimpin pertama Party Liberal Demokrat United Kingdom yang baru selepas Liberal dan Demokrat Sosial bergabung pada tahun 1988. Sebelum memasuki arena politik Ashdown menyertai Pejabat Luar Negeri pada tahun 1972 dan bekerja di ibu pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Geneva, Switzerland. Pada tahun 1976, dia menjadi calon parlimen Liberal untuk Yeovil di Somerset. Dia dipilih menjadi anggota Parlimen pada tahun 1983 dan menjadi jurucakap Liberal tentang perdagangan dan industri hingga tahun 1987 apabila dia menjadi jurucakap untuk pendidikan. | UMUM | |
SALJI | Salji ialah bentuk kerpasan yang terdiri daripada hablur ais yang halus. Hablur ini terbentuk daripada wap air dalam awan sejuk. Hablur ini bergabung untuk menghasilkan emping salji apabila ia berlanggar dan melekat bersama. | UMUM | |
MONTEVIDEO | Montevideo (pend. 1 247 920) ialah ibu negara, bandar raya terbesar dan pelabuhan utama Uruguay. Ia terletak di pantai Uruguay, iaitu Rio de la Plata bergabung dengan Lautan Atlantik. Untuk lokasi, lihat Uruguay (peta). | UMUM | |
SARICH, RALPH | Sarich, Ralph (1938– ) ialah pencipta Australia, menyiapkan prototaip pertama dalam revolusi enjin orbitalnya pada tahun 1971. Pada tahun 1973, Broken Hill Proprietory Company Ltd. (BHP) bergabung dengan Sarich untuk menyediakan sokongan kepada peningkatan enjin. Usaha sama ini menghasilkan pembentukan syarikat Orbital Engine. | UMUM | |
SURAH AL-AHZAB | Surah al-Ahzab ialah salah satu daripada surah Madaniyyah, surah yang ke-33 dalam susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi 73 ayat. Surah ini dinamakan dengan al-Ahzab (pasukan-pasukan tentera yang bergabung) kerana orang musyrikin mengepung orang Islam dari setiap penjuru Madinah. Orang-orang kafir Makkah bergabung dengan Bani Ghatfan, Bani Qurayzah dan golongan penghasut Arab untuk memerangi orang Islam. Akan tetapi, Allah S.W.T. menghalau mereka secara hina. Oleh sebab itu, orang-orang Islam memenangi peperangan tersebut dengan mukjizat yang diturunkan oleh Allah S.W.T. yang penuh gemilang. | UMUM | |
OWEN, DAVID | Owen, David (1938– ) ialah ahli politik British yang memimpin Parti Sosial Demokratik (PSD) dari tahun 1983 hingga tahun 1987. Dia meletak jawatan selepas ahli PSD mengundi untuk bergabung dengan Parti Liberal (kini Liberal Demokrat). Sebagai pengasas PSD, Owen berusaha untuk memelihara kebebasan parti. Dia menjadi pemimpin PSD yang dibentuk semula pada tahun 1988 sehingga pembubarannya pada tahun 1990. Owen bertindak sebagai pendamai di bekas Yugoslavia dari tahun 1992 hingga tahun 1995 (lihat Yugoslavia ). | UMUM | |
SIANOSIS | Sianosis ialah proses penyahwarnaan kepada kebiru-biruan yang berlaku pada kulit dan membran mukos. Sianosis berlaku apabila darah yang mengalir pada kulit dan membran mukos mengandungi paras hemoglobin terturun yang terlalu tinggi – iaitu hemoglobin yang tidak bergabung dengan oksigen. Hemoglobin adalah kandungan sel darah merah yang membawa oksigen. Apabila hemoglobin bergabung dengan oksigen, warna darah menjadi merah cerah. Darah yang mengandungi paras hemoglobin terturun yang banyak berwarna kebiru-biruan jika dilihat pada kulit ataupun membran mukos. | UMUM | |