Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ga.duh] | برݢادوه

Definisi : 1. berkelahi, bertengkar: baiklah berhati-hati jangan sampai ~ dgn orang itu; 2. membuat gempar (bising): orang sangat hairan melihat gadis-gadis ~ dgn sengitnya; 3. campur aduk, kusut, tidak keruan, sangat kacau: kalau bangsa-bangsa dlm negeri mulai ~, sukarlah hendak menenteramkan mereka kembali; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ga.duh] | برݢادوه

Definisi : 1 berbuat gempar atau huru-hara; berbuat gaduh: Orang sedang mengaji, kamu semua jangan ~ di sini. 2 berkelahi, sama ada dgn bertumbuk, bertengkar saja atau sampai berbunuh-bunuhan: Mereka yg menjadi ahli kongsi gelap selalu saja ~ antara satu dgn yg lain. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bergaduh

Puisi
 

Anak Cina masak itik,
     Masak mari sampai luluh;
Memang tak guna berbini cantik,
     Hari-hari sahaja bergaduh.


Lihat selanjutnya...(3)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PERSETERUAN

Perseteruan ialah persengketaan keluarga yang

pernah menjadi kelaziman di Itali, terutamanya di

Sicily . Dua keluarga akan saling bergaduh dan

selalunya bertindak ganas untuk membalas dendam

ke atas kecederaan atau pembunuhan ahli

keluarganya.

UMUM 
SULEIMAN I

Suleiman I (1494–1566), menjadi terkenal di dunia

Barat sebagai “The Magnificent” tetapi di kalangan

rakyatnya sendiri sebagai “The Lawgiver”. Baginda

adalah pemerintah ke-10 Empayar Uthmaniyyah.

Baginda mengetuai bala tenteranya menyerang

Hungary, dan menyerang kubu Vienna. Di Asia,

tenteranya menyerang Parsi (Iran), dan menawan

Tabriz dan Baghdad. Angkatan laut Suleiman

menguasai Laut Mediterranean, Laut Merah dan

Teluk Parsi. Kelasi-kelasinya menguasai Afrika Utara

dan menyerang pantai Sepanyol, Perancis, dan Itali.

Suleiman menawan pulau Rhodes daripada

Kesateria Saint John. Baginda menyemak semula

sistem perundangan Empayar Uthmaniyyah. Baginda

bergaduh dengan beberapa orang anaknya dan

menghukum bunuh dua daripadanya.

UMUM 

Kembali ke atas