| MESIN | Mesin ialah alat yang melakukan kerja. Industri menggunakan penekan gerudi besar, pelarik dan penekan untuk membuat keluaran yang kita gunakan. Perniagaan bergantung pada mesin taip, komputer dan lain-lain mesin pejabat. Kereta, bas dan kapal terbang mengangkut manusia dengan pantas dalam jarak jauh. Trak, kereta api dan kapal adalah mesin yang digunakan untuk mengangkut barang ke pasaran dan dari pasaran. Tanpa mesin, penduduk di bandar raya mendapati lebih sukar untuk hidup, dan peladang tidak dapat menghasilkan cukup makanan untuk kita. Hampir setiap aktiviti dalam kehidupan harian kita bergantung pada mesin. | UMUM | |
| ELOHIM | Elohim ialah perkataan Ibrani yang bermaksud dewa-dewa, atau Tuhan, bergantung pada konteks penggunaannya. | UMUM | |
| TEKANAN DARAH | Tekanan darah ialah tekanan yang dikenakan oleh darah terhadap dinding arteri. Jumlah tekanan ini bergantung pada kekuatan dan kadar kontraksi jantung, isi padu darah dalam sistem peredaran darah, dan keanjalan arteri. | UMUM | |
| ALAT PENDENGARAN | Alat pendengaran ialah sejenis peranti yang dapat mempertingkat daya pendengaran. Ramai orang yang mengalami kecacatan pendengaran bergantung pada peranti ini. | UMUM | |
| PENJERAPAN | Proses penghimpunan dan pelekatan molekul (zat terjerap) pada permukaan pepejal (zat penjerap). Darjah penjerapan bergantung pada suhu, tekanan dan keluasan permukaan pepejal. | KIMIA | Proses/Tindak Balas |
| SEDATIF | Sedatif ialah ubat yang mengurangkan aktiviti sistem saraf pusat. Sedatif dipreskripsikan terutamanya untuk mengurangkan keresahan atau untuk melahirkan rasa mengantuk. Kesan sedatif bergantung pada dos. Apabila diambil sedikit, dadah ini menenangkan seseorang. Dos yang lebih sedikit akan menyebabkan rasa mengantuk. Apabila digunakan untuk menimbulkan rasa mengantuk, dadah ini umumnya dikenali sebagai hipnotik. | UMUM | |
| AVOKADO | Avokado ialah sejenis buah pokok malar hijau dari nama yang sama (avokado). Buahnya mungkin bulat, bujur, atau berbentuk buah pir. Kulitnya berwarna hijau atau ungu gelap, bergantung pada jenisnya. | UMUM | |
| ENTALPI | Sifat sistem termodinamik yang boleh digunakan untuk mencirikan sekumpulan jirim atau sebuah peranti termodinamik yang dipisahkan daripada persekitarannya dengan sempadan tertentu. Terdapat dua jenis sifat termodinamik, iaitu sifat ekstensif dan sifat intensif. Sifat ekstensif bergantung pada jisim sistem, manakala sifat intensif bebas daripada ukuran jisim sistem. Entalpi ekstensif disimbolkan dengan huruf H, manakala entalpi intensif disimbolkan dengan huruf h. Unit bagi entalpi ekstensif H ialah kilojoule (kJ). Unit bagi entalpi intensif h pula ialah kJ/kg....Rujuk Ensiklopedia Sains dan Teknologi | KEJURUTERAAN | Konsep |
| DAUN | Daun ialah bahagian utama yang membuat makanan pada hampir semua tumbuhan. Bunga taman, rumput, pokok renek dan pokok bergantung pada daun untuk membuat makanan. Begitu juga pakis, sayur-sayuran, tumbuhan menjalar, rumpai dan banyak tumbuhan lain. | UMUM | |
| PROPAGANDA | Propaganda ialah komunikasi sepihak yang bertujuan untuk mempengaruhi cara orang ramai berfikir dan bertindak. Iklan di televisyen atau poster yang menggesa orang ramai mengundi seseorang calon politik mungkin berbentuk propaganda bergantung pada kaedah pemujukannya. | UMUM | |