Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ga.yut] | برݢايوت

Definisi : bergantung (lampu dll), berpaut (kera dll), berpegang kuat-kuat: budak itu ~ pd dahan kayu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ga.yut] | برݢايوت

Definisi : berpegang pd sesuatu dan kaki tidak menjejak tanah dll (bkn orang, monyet dsb); terletak bergantung (bkn sesuatu spt buah atau loceng): Kera itu ~ pd dahan kayu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bergayut


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SLOTH

Sloth ialah nama biasa bagi famili haiwan di

Amerika Selatan yang bergerak dengan perlahan

dan pelik. Apabila bergerak di atas pokok, ia

berjalan terbalik, tergantung dari dahan. Sloth

boleh tergantung dengan sangat kuat dari dahan

dengan cakarnya bak cangkuk hinggakan ia tidur

dalam keadaan ini. Malah sloth mungkin terus

bergayut pada pokok untuk beberapa masa

selepas ia mati.

UMUM 
KELUANG

Keluang ialah sejenis kelawar besar. Ia hidup di

kebanyakan kawasan tropika kecuali Amerika

Selatan. Ia biasa terdapat terutamanya di kawasan

Pasifik Selatan. Kepala dan badannya kira-kira 30

sentimeter panjangnya, dan bukaan sayapnya

mungkin melebihi 1.5 meter. Mukanya kelihatan

seperti muka rubah. Keluang memakan buah, dan

lebih sesuai dikenali sebagai kelawar buah. Ia juga

memakan kudup bunga, nektar, dan debunga. Pada

waktu siang, ia bergayut pada pokok, biasanya

bersama kelawar buah yang lain. Ini menjadikan

pokok kelihatan seolah-olah sarat dengan buah.

Keluang boleh bergerak jauh untuk mendapatkan

makanan. Ia boleh memusnahkan dusun buah-buahan.

UMUM 

Kembali ke atas