Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ge.lom.bang] | برݢلومبڠ

Definisi : 1. = menggelombang berombak panjang-panjang, mengombak; 2. berlaku berturut-turut (serangan, tunjuk perasaan, dll): serangan-serangan itu datang ~-gelombang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ge.lom.bang] | برݢلومبڠ

Definisi : 1 bergerak-gerak bergulung spt gelombang; berombak: Laut Pantai Timur ~ dan berbahaya dlm musim hujan antara bulan November dgn bulan April. 2 bergerak atau berlaku berturut-turut. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bergelombang


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SAYAP KEMENANGAN

Sayap Kemenangan (Winged Victory) ialah

sebuah patung Yunani purba yang cantik yang

ditemui oleh ahli arkeologi Perancis pada tahun

1863. Patung ini telah pecah dan kesemua 118

keping serpihannya yang dijumpai bertaburan di

atas sebuah bukit di pulau lereng, Samothraki

(Samothrace), Greece. Patung ini menggambarkan

Nike, dewi kemenangan Yunani. Tubuhnya

diselubungi pakaian bak ditiup angin sambil

membawa mesej kemenangan, penawanan, dan

kejayaan daripada dewa-dewa. Dia mempunyai

sayap yang melambangkan kepantasan dan

kurniaannya, yakni boleh terbang. Ritma komposisi

patung ini bergelombang, mungkin

melambangkan perjalanan yang sukar untuk

mencapai kemenangan.

Pengukir patung ini tidak diketahui, tetapi

sarjana mentarikhkan patung ini diukir sekitar

tahun 180 S.M. Patung ini kini ditempatkan di

Louvre, Paris.

UMUM 

Kembali ke atas