SADDUCEES | Sadducees ialah anggota satu kumpulan agama Yahudi yang pernah bergiat di Judea, Palestin, sehingga tahun 70 M. Puak Sadducees mendapat pengaruh di Judea selepas Judea menjadi provinsi Empayar Rom pada tahun 63 S.M. Mereka menentang sekumpulan orang Yahudi yang dikenali sebagai Farisi dari segi kepercayaan dan amalan keagamaan. Tidak seperti orang Farisi, mereka hanya menerima hukum bertulis Bible Ibrani, dan enggan mengiktiraf Hukum Lisan sebagai wajib ke atas mereka. Tambahan pula, puak Sadducees tidak mempercayai keabadian, seperti yang dipercayai oleh orang Farisi. Mereka mengatakan bahawa roh mati bersama dengan jasad. Mereka juga percaya bahawa semua orang mempunyai kuasa memilih dan bertanggungjawab terhadap segala kebaikan atau keburukan yang berlaku pada mereka. Lihat juga Farisi. | UMUM | |
REKREASI | Rekreasi ialah sebarang aktiviti yang dilakukan secara sukarela untuk keseronokan peribadi, bersantai, atau kepuasan peribadi. Aktiviti-aktiviti ini biasanya dilakukan pada waktu senggang atau waktu lapang. Umumnya, manusia perlu bergiat dalam sesuatu bentuk rekreasi sebagai pelepasan daripada rutin bekerja atau kerja sekolah. | UMUM | |
LIM SWEE TIN | Lim Swee Tin (1952- ), penulis bukan Melayu yang bergiat aktif dalam penulisan sastera dalam bahasa kebangsaan di Malaysia. | SASTERA | Tokoh |
ISHTIAQ MUBARAK AHMAD | Ishtiaq Mubarak Ahmad (1948- ), jaguh sukan olahraga. Beliau mula bergiat dalam sukan olahraga sejak bersekolah di Sekolah Jalan Pasar, Kuala Lumpur. | SUKAN | Tokoh |
MUKHTAR OULD DADDAH | Mukhtar Ould Daddah (1344 H.– /1925 M.– ) ialah Presiden Mauritania yang pertama. Dia lahir di selatan Mauritania. Dia menamatkan pelajarannya di peringkat menengah di Mauritania dan menyambung pelajaran ke sekolah terjemahan di sana. Kemudian dia bergiat dalam bidang penterjemahan selama enam tahun. Dia adalah lulusan Fakulti Bahasa Timur dan Fakulti Undang- undang di Paris. Dia mempunyai personaliti sebagai tokoh politik kebangsaan ketika memegang jawatan sebagai peguam dan bergabung dengan parti Persatuan Rakyat Mauritania Maju. | UMUM | |
AHMAD NAWAWI MOHD. ALI | AHMAD NAWAWI MOHD. ALI (1904- ), penulis, penterjemah dan penerbit yang bergiat sebelum Perang Dunia Kedua. Dia lahir di Batu Gajah, Perak. | SASTERA | Konsep |
PARTI POLITIK | Parti politik ialah kumpulan orang yang teratur yang mengawal, atau cuba mengawal sesebuah kerajaan. Di negara demokrasi, parti politik bersaing antara satu sama lain dalam pilihan raya untuk mengekalkan atau menguasai sesebuah kerajaan. Parti politik boleh bergiat aktif di peringkat kebangsaan, negeri atau wilayah, dan daerah. | UMUM | |
SURTEES, JOHN | Surtees, John (1934– ), pelumba motosikal dan pelumba kereta British, juara dunia bagi motosikal 500 cc pada tahun 1956, 1958, 1959 dan tahun 1960. Dia juga menyandang kejuaraan dunia untuk motosikal 350 cc pada tahun 1958, 1959 dan tahun 1960. Pada akhir tahun 1960, dia bersara daripada perlumbaan motosikal dan bergiat pula dalam lumba kereta. Dia memenangi gelaran juara lumba kereta dunia pada tahun 1964. Dia mereka bentuk dan membina kereta lumbanya sendiri pada tahun 1970. Surtees lahir di Tatsfield, Surrey, England. | UMUM | |
LEPAS | LEPAS, persatuan penulis. LEPAS adalah singkatan Lembaga Pembangun Sastera, iaitu sebuah pertubuhan yang bergiat dalam bidang bahasa dan kesusasteraan Melayu. Persatuan ini berpusat di Kuala Kangsar, Perak. | SASTERA | Kegiatan |
NEGARAWAN | Negarawan ialah seseorang yang berpengetahuan luas tentang kerajaan dan politik, dan memainkan peranan yang amat penting dalam hal ehwal awam. Kebanyakan orang menganggap negarawan sebagai seorang yang mengambil berat terhadap keperluan dan kepentingan negara secara keseluruhannya. Sebaliknya, mereka menganggap ahli politik sebagai seseorang yang mempunyai matlamat parti atau politik sahaja. Negarawan berumur , yang selalunya telah bersara daripada bergiat secara aktif dalam kerajaan, akan terus memberi nasihat berkenaan isu-isu penting. Jepun membentuk sistem genro , iaitu sebuah badan yang dianggotai oleh bekas-bekas pemimpin kerajaan yang memberi nasihat kepada kerajaan yang sedang berkuasa. Lihat juga senarai biografi negarawan di hujung kebanyakan rencana yang berkaitan dengan setiap negara. | UMUM | |