Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.go.lé/] | برݢوليق

Definisi : 1. berguling, bergerak berpusing(bola, guli, dll); 2. berbaring; ~-gelantang berbaring-baring; yg bulat datang ~, yg pipih datang melayang prb keuntungan (kemewahan dll) datang drpd berbagai-bagai punca; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.go.lé/] | برݢوليق

Definisi : 1 bergerak berpusing (ttg benda-benda bulat); berguling: Bola yg ditendangnya itu ~ masuk ke dlm gol. 2 berbaring. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bergolek

Puisi
 

Hendak berembun pergi ke pulau,
     Datang ke pulau pergi ke tanjung;
Lagilah hidup kita bergurau,
     Sudahlah mati bergolek seorang.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Batu yang selalu bergolek di dalam sungai itu tiada dihinggapi lumut.

Bermaksud :

Orang yang mahir dalam undang-undang, biasanya jarang terkena tipu.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MORAIN

Morain ialah tanah dan batu yang dibawa oleh

glasier dan ditinggalkan apabila ais cair. Morain

juga bermakna sekumpulan bahan di dalam

glasier atau di permukaan glasier atau rabung

tidak rata yang bahan ditinggalkan di tepi ais yang

sedang cair. Pada setiap bahagian glasier di

lembah gunung merupakan serpihan batu yang

telah bergolek ke atas ais dari cerun berhampiran.

Serpihan batu ini membentuk morain lateral.

UMUM 

Kembali ke atas