PIRETRUM | Piretrum ialah nama bagi sekumpulan bunga yang berasal dari barat daya Asia, yang menghasilkan serbuk serangga dan ubat. Kuntum bunga piretrum tumbuh satu-satu atau bergugus pada batang yang tegak yang tumbuh setinggi 30 sentimeter atau lebih. Ia kelihatan seperti bunga daisi dengan rujinya berwarna samar, putih, merah lembayung, atau lilac. Ia mekar pada musim bunga atau awal musim panas dan ditanam sebagai bunga taman atau bunga untuk dipotong. | UMUM | |
SWEET WILLIAM | Sweet William ialah tumbuhan taman yang popular yang berasal dari utara Eropah dan Asia. Tumbuhan ini biasanya tumbuh lebih kurang 60 sentimeter tingginya dan mengeluarkan bunga bak baldu bergugus-gugus bulat, padat. Bunganya berwarna putih, samar, samar ros, atau ungu, dan ia biasanya berlingkar-lingkar, atau bertitik-titik dengan warna kontras. Tumbuhan ditanam mungkin mengeluarkan bunga ganda. Pekebun biasanya menanam sweet William sebagai tumbuhan dwitahunan (tumbuhan yang memerlukan dua tahun untuk matang). | UMUM | |
NETEL | Netel ialah nama biasa bagi sekumpulan tumbuhan yang mempunyai bulu kejur berbisa. Netel ialah herba kasar yang tumbuh di kawasan sederhana. Ia mempunyai daun yang tumbuh bertentangan satu sama lain pada batang, dan bunga kecil yang bergugus. Bulu kejur netel mengandungi jus berair yang menyebabkan gatal keterlaluan jika ia memasuki kulit manusia. Tetapi gatal ini tidak lama. Pucuk netel boleh dimasak seperti bayam. Ia adalah sumber vitamin dan protein yang baik. Netel digunakan untuk tujuan perubatan sejak zaman dahulu. Netel berbisa di Eropah dan Amerika Syarikat ditanam kerana seratnya, yang daripadanya boleh dibuat kain kasar yang kuat, kasar. Pengelasan saintifik. Netel tergolong dalam famili netel, Urticaceae. Ia membentuk genus Urtica . Netel berbisa ialah U. dioica. | UMUM | |
ASH GUNUNG | Ash gunung ialah nama bagi sekumpulan pokok dan pokok renek yang tumbuh di Hemisfera Utara. Ia tumbuh terutamanya di tempat tinggi. Daun ash gunung adalah daun majmuk, yang terdiri daripada beberapa anak daun yang terpisah. Bunganya yang berwarna putih tumbuh bergugus-gugus besar, leper. Buahnya yang berwarna jingga hingga merah adalah gugusan pom bak beri. | UMUM | |
LESPEDEZA | Lespedeza ialah nama bagi sekumpulan herba dan tumbuhan bak pokok renek. Ia tumbuh di Asia, Australia dan Amerika Utara. Lespedeza dikenali sebagai klover belukar . Daunnya mempunyai tepi yang licin dan tiga anak daun. Bunganya yang kecil berbentuk kacang pis tumbuh bergugus-gugus. Buahnya adalah lenggai yang pendek berbiji satu. | UMUM | |
LILAC | Lilac ialah pokok renek yang cantik yang disukai di seluruh dunia kerana bunganya wangi. Lilac biasa dari tenggara Eropah tumbuh setinggi enam meter dan mempunyai dahan yang merimbun dipenuhi bunga. Daunnya yang hijau lebih kurang 13 sentimeter panjangnya. Bunganya yang putih atau ungu tumbuh bergugus yang mungkin sepanjang 25 sentimeter. | UMUM | |
SAINT-JOHN'S-WORT | Saint-John’s-wort, juga dikenali sebagai hypericum dan Rose of Sharon , ialah pokok renek yang berbunga besar, berwarna kuning. Kebanyakan Saint-John’s-wort tumbuh di kawasan sederhana dan panas di Hemisfera Utara. Ia biasanya adalah pokok renek yang rendah. Sesetengahnya malar hijau. Bunganya kembang bergugus pada musim panas. Bunga berwarna samar dan keunguan jarang ditemui. Pokok renek ini tumbuh subur di tanah gembur atau tanah berpasir lembap. Kebanyakannya mempunyai daun yang rimbun dan teduh. Saint-John’s-wort yang lebih besar membentuk rimbunan bulat apabila ia tumbuh satu-satu. Yang lebih kecil dijadikan tumbuhan tepi batas yang rendah atau tanaman tutup bumi. Goldflower adalah kacukannya. Terdapat lebih daripada 300 spesies Saint-John’swort yang diketahui. Pengelasan saintifik. Saint-John’s-wort tergolong dalam famili Saint-John’s-wort, Hypericaceae. Bunga emas ialah Hupericum X moserianum . | UMUM | |
SEDUM | Sedum ialah genus (kumpulan) bagi kira-kira 600 spesies tumbuhan hiasan dan tahan lasak. Kebanyakan sedum berasal dari Zon Sederhana Utara. Ia adalah tumbuhan sukulen, atau tumbuhan yang menyimpan air dalam daunnya yang tebal, berisi (lihat Sukulen ). Bunganya berbentuk bintang, berwarna kuning, samar, dan putih, yang biasanya tumbuh kuntum bunga yang leper. Sesetengah sedum mempunyai batang yang rendah, menjalar. Daunnya sering tumbuh bergugus berhampiran dengan tanah. Ia sering digunakan untuk menutupi batu-batan dan tanah gondol. Yang lain mempunyai batang yang tinggi dan digunakan sebagai tumbuhan tepi. Ia juga kadangkala dikenali sebagai stoneerop. Pengelasan saintifik. Sedum tergolong dalam famili orpain, Crassulaceae. Ia dikelaskan dalam genus Sedum. | UMUM | |
MULBERI | Mulberi ialah pokok hiasan yang buahnya berjus dan berisi. Buahnya berwarna putih, merah, atau ungu dan kelihatan seakan-akan beri hitam. Setiap satunya terdiri daripada segugus buah kecil berbiji satu. Buah ini menjadi tarikan burung, yang memakannya dan menyebarkan bijinya. Sesetengah jenis mulberi, terutamanya mulberi putih dan mulberi hitam , ditanam untuk buahnya, yang dipetik dan dimakan mentah atau dibuat jem dan wain. Bunga mulberi berwarna putih kehijauan dan tergantung bergugus-gugus. Ia didebungakan oleh angin. | UMUM | |
BUGBANE | Bugbane ialah tumbuhan saka yang tinggi yang mempunyai daun besar dan lebar yang terbahagi kepada banyak anak daun. Bugbane mempunyai bergugus-gugus bunga kecil berwarna putih. Bugbane hidup di seluruh kawasan beriklim sederhana di utara dunia. | UMUM | |