Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.gu.gus.gu.gus] | بر ݢوݢوس -  ݢوݢوس

Definisi : berkelompok-kelompok (bkn pulau, bintang, buah-buahan dsb), bertompok-tompok: setengah-setengah pokok kelapa itu sudah berbuah dgn lebatnya ~ pd tandannya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.gu.gus.gu.gus] | بر ݢوݢوس -  ݢوݢوس

Definisi : berkumpul dlm satu kumpulan; berkelompok-kelompok; banyak gugusnya: Buahnya lebat ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bergugus-gugus


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SWEET WILLIAM

Sweet William ialah tumbuhan taman yang

popular yang berasal dari utara Eropah dan Asia.

Tumbuhan ini biasanya tumbuh lebih kurang 60

sentimeter tingginya dan mengeluarkan bunga bak

baldu bergugus-gugus bulat, padat. Bunganya

berwarna putih, samar, samar ros, atau ungu, dan

ia biasanya berlingkar-lingkar, atau bertitik-titik

dengan warna kontras. Tumbuhan ditanam

mungkin mengeluarkan bunga ganda. Pekebun

biasanya menanam sweet William sebagai

tumbuhan dwitahunan (tumbuhan yang

memerlukan dua tahun untuk matang).

UMUM 
ASH GUNUNG

Ash gunung ialah nama bagi sekumpulan

pokok dan pokok renek yang tumbuh di

Hemisfera Utara. Ia tumbuh terutamanya di

tempat tinggi. Daun ash gunung adalah daun

majmuk, yang terdiri daripada beberapa anak

daun yang terpisah. Bunganya yang berwarna

putih tumbuh bergugus-gugus besar, leper.

Buahnya yang berwarna jingga hingga merah

adalah gugusan pom bak beri.

UMUM 
LESPEDEZA

Lespedeza ialah nama bagi sekumpulan herba

dan tumbuhan bak pokok renek. Ia tumbuh di Asia,

Australia dan Amerika Utara. Lespedeza dikenali

sebagai klover belukar . Daunnya mempunyai tepi

yang licin dan tiga anak daun. Bunganya yang kecil

berbentuk kacang pis tumbuh bergugus-gugus.

Buahnya adalah lenggai yang pendek berbiji satu.

UMUM 
MULBERI

Mulberi ialah pokok hiasan yang buahnya berjus

dan berisi. Buahnya berwarna putih, merah, atau

ungu dan kelihatan seakan-akan beri hitam. Setiap

satunya terdiri daripada segugus buah kecil berbiji

satu. Buah ini menjadi tarikan burung, yang

memakannya dan menyebarkan bijinya. Sesetengah

jenis mulberi, terutamanya mulberi putih dan

mulberi hitam , ditanam untuk buahnya, yang dipetik

dan dimakan mentah atau dibuat jem dan wain.

Bunga mulberi berwarna putih kehijauan dan

tergantung bergugus-gugus. Ia didebungakan oleh

angin.

UMUM 
BUGBANE

Bugbane ialah tumbuhan saka yang tinggi yang

mempunyai daun besar dan lebar yang terbahagi

kepada banyak anak daun. Bugbane mempunyai

bergugus-gugus bunga kecil berwarna putih.

Bugbane hidup di seluruh kawasan beriklim

sederhana di utara dunia.

UMUM 

Kembali ke atas