Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.gu.nung.ga.nang] | برݢونوڠ - ݢانڠ

Definisi : mempunyai banyak gunung: kawasan yg ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.gu.nung.ga.nang] | برݢونوڠ - ݢانڠ

Definisi : banyak gunungnya: kawasan yg ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bergunung-ganang


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
LESOTHO

Lesotho ialah negara bergunung-ganang yang

berceranggah dan dikelilingi oleh Republik Afrika

Selatan. Negara ini terletak kira-kira 320 kilometer

ke pedalaman dari Lautan Hindi. Kadangkala

Lesotho digelar Switzerland Afrika Selatan kerana

terdapat pemandangan gunung yang indah.

Namun, Lesotho merupakan Negara yang miskin

dan hanya terdapat sedikit industri. Kebanyakan

penduduknya berpindah ke Afrika Selatan untuk

mencari pekerjaan.

UMUM 
TAIWAN

Taiwan ialah sebuah pulau yang bergunung-ganang,

terletak di Laut China Selatan, lebih kurang

140 kilometer dari perairan China. Orang Cina

menamakan pulau ini Taiwan yang bermaksud teluk

yang berteres. Hutan yang tumbuh meliar, sumber

keindahan pulau ini, telah menyebabkan pelayar

Portugis pada tahun 1590 menamakan pulau ini Ilha

Formosa yang bermaksud pulau yang indah.

Selepas Komunis China mengambil alih

pemerintahan di tanah besar China pada tahun 1949,

kerajaan Nasionalis China telah berpindah ke

Taiwan. Presiden Parti Nasionalis China,

Generalisimo Chiang Kai-shek menjadikan Taipei

sebagai ibu negara Republik China. Kerajaan

Nasionalis juga mengambil alih beberapa buah

pulau di Selat Taiwan yang memisahkan Taiwan

dengan China. Pulau-pulau ini termasuk Quemoy,

Matsu dan gugusan Pulau Pescadores. Pulau

Quemoy dan Matsu adalah sebahagian daripada

provinsi Fujian kepunyaan Tanah Besar China, tetapi

ditadbir oleh Taiwan.

UMUM 
ELBA

Elba ialah pulau yang bergunung-ganang di

Laut Mediterranean, 10 kilometer ke arah barat

daya pantai Tuscany di Itali. Napoleon dibuang

negeri ke Elba pada tahun 1814.

UMUM 
SLOVENIA

Slovenia ialah sebuah negara kecil dan

bergunung-ganang yang terletak di Eropah tengah.

Negara ini mengisytiharkan kemerdekaannya pada

tahun 1991. Pada tahun 1918, Slovenia merupakan

sebahagian daripada kerajaan Serb, Croat, dan

Slovene, yang kemudiannya dinamakan Yugoslavia.

Pada tahun 1946, Yugoslavia menjadi negara

persekutuan yang terdiri daripada enam republik

dan satu daripadanya ialah Slovenia.

UMUM 
TAJIKISTAN

Tajikistan juga dieja Tadzhikistan , ialah negara

bergunung-ganang yang terletak di Asia Tengah.

Negara ini mencapai kemerdekaan pada tahun 1991,

setelah lebih 60 tahun berada di bawah

pemerintahan Kesatuan Soviet. Nama negara ini

dalam bahasa Tajik, bahasa rasminya ialah Jumhurii

Tojikiston (Republik Tajikistan).

Tajikistan mempunyai keluasan 143 100 kilometer

persegi. Ibu negara dan bandar terbesarnya ialah

Dushanbe.

UMUM 
DATARAN HAKIS

Dataran hakis, suatu ketika merupakan

kawasan berbukit dan bergunung-ganang tetapi

kini hampir menjadi rata akibat hakisan. Dataran

hakis terbentuk di kawasan beriklim lembap.

UMUM 
LESBOS

Lesbos, juga dieja Lesvos, ialah sebuah pulau

bergunung-ganang Yunani di Laut Aegean. Lesbos

meliputi keluasan 2154 kilometer persegi dan

mempunyai kira-kira 104 000 orang penduduk.

UMUM 
PULAU MANUS

Pulau Manus merupakan pulau terbesar dalam

kelompok Admiralti Papua New Guinea.

Keluasannya ialah 1890 kilometer persegi. Pulau ini

bergunung-ganang dan berhutan tebal. Hanya

sebahagian kecil kawasan di sepanjang pantai dan

di bahagian hujung timur yang boleh digunakan

untuk pertanian. Terdapat lebih kurang 20 000

penduduk tinggal di Pulau Manus dan pulau-pulau

di sekelilingnya. Kebanyakan penduduk pulau ini

ialah orang Melanesia yang merupakan nelayan

yang mahir dan berdagang dengan penduduk

yang tinggal di pulau-pulau berdekatan. Hasil

tanaman penduduk pulau ini ialah taro, keladi,

nanas, pisang, dan sagu.

UMUM 
PERSEPOLIS

Persepolis ialah ibu kota Parsi purba. Raja Darius I

dari Parsi menubuhkan Persepolis kira-kira tahun

518 S.M. dalam kawasan bergunung-ganang yang

kini ialah barat daya Iran. Darius dan penggantinya

membina istana besar yang diperbuat daripada batu

dan bata lumpur di ibu kota yang menjadi pusat

upacara diraja bagi cuti umum keagamaan Tahun

Baru. Setiap tahun semasa temasya ini, raja akan

membaharui hak ketuhanannya sebagai raja dan

wakil semua penduduk Empayar Parsi akan

membawa hadiah kepadanya. Pada tahun 330 S.M.,

Iskandar Agung merampas Persepolis.

UMUM 
TEGUCIGALPA

Tegucigalpa (pend. 571 400) ialah ibu negara dan

bandar terbesar di Honduras. Bandar ini terletak

memanjang di tebing Sungai Choluteca di kawasan

bergunung-ganang di bahagian selatan tengah

Honduras (lihat Honduras [peta]).

UMUM 
12

Kembali ke atas