TANJUNG TINGGI WILSON | Tanjung Tinggi Wilson ialah bahagian tanah besar Australia yang paling selatan. Ia terletak di bahagian selatan pantai Victoria. Untuk lokasi, lihat Victoria (peta politik). Tanjung Tinggi Wilson ialah sebahagian daripada semenanjung yang bergunung-ganang yang mempunyai beberapa puncak yang ketinggiannya melebihi 305 meter dari aras laut. Puncak-puncak ini termasuk Gunung Latrobe, Gunung Wilson, Gunung Oberon, Gunung Leonard, Gunung Boulder, Gunung Norgate, dan Gunung Hunter. | UMUM | |
LESOTHO | Lesotho ialah negara bergunung-ganang yang berceranggah dan dikelilingi oleh Republik Afrika Selatan. Negara ini terletak kira-kira 320 kilometer ke pedalaman dari Lautan Hindi. Kadangkala Lesotho digelar Switzerland Afrika Selatan kerana terdapat pemandangan gunung yang indah. Namun, Lesotho merupakan Negara yang miskin dan hanya terdapat sedikit industri. Kebanyakan penduduknya berpindah ke Afrika Selatan untuk mencari pekerjaan. | UMUM | |
PULAU KARIMUN | PULAU KARIMUN, kepulauan di dalam kerajaan Johor-Riau pada abad ke-19. kepulauan ini terletak di Selatan Selat Melaka. Kepulauan Karimun iaitu Karimun Besar dan Karimun Kecil merupakan sebahagian daripada beberapa buah pulau besar dan pulau kecil. Pantai utara Pulau Karimun Besar jelas menganjur ke laut, manakala pantai barat dan selatan dikelilingi batu dan batu karang. Bahagian utara pulau agak bergunung-ganang dengan Gunung Jantan merupakan kemuncak tertinggi. Tanah-tanih di Pulau Karimun Kecil terdiri daripada granit, pasir dan tanah liat, tetapi subur. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
MONTANA | Montana (pend. 803 655 ) ialah sebuah negeri di kawasan Pergunungan Rocky, Amerika Syarikat. Luasnya 380 848 kilometer persegi dan adalah negeri keempat terbesar di Amerika Syarikat dari segi keluasan kawasan. Tetapi Montana mempunyai antara jumlah penduduk yang paling sedikit di Amerika Syarikat. Hanya ada dua bandar besar di negeri tersebut, iaitu Billings dan Great Falls. Helena ialah ibu negeri. Nama Montana berasal daripada perkataan Sepanyol yang bermakna bergunung-ganang. Bahagian barat negeri tersebut merupakan kawasan yang indah dan terdapat gunung-ganang yang tinggi dan berceranggah. Emas dan perak yang terdapat di pergunungan tersebut menyebabkan Montana digelar Negeri Khazanah. | UMUM | |